Baru2 ini ada tengok national geographic. Apa yang menarik, ia membincangkan perihal perkara yang pelik2, antaranya Hujan Ikan yang terjadi di Lajamanu, Australia.
Ikan? Fish? yang kita makan tiap2 hari tu. Tak makan tiap2 hari? ok. makan sekali skala pon boleh kan? :)
Orang putih ni cakap xmustahil boleh berlaku keadaan sebegini, di mana ikan turun dari langit. Dan apa yang mengkagumkan lagi, ikan itu masih hidup, dan boleh berenang jika terjatuh dalam air.
Jadi mereka pun mengkaji bagaimana ia boleh terjadi.
Ada pendapat mengatakan,
1. Ia disebabkan ribut taufan yang berlaku di laut, jadi semua ikan dinaikkan ke atas oleh taufan tersebut lalu jatuh sebagai hujan.
(Kajian membuktikan bahawa laut yang terdapat di kawasan tersebut amatlah jauh dari tempat kejadian, jadi tidak mungkinlah disebabkan taufan. Selain itu, ikan ada tahap untuk hidup, i mean dia punya temperature yang specific. Jika ia dibawa oleh taufan, ikan tu xsepatutnya boleh alive)
Jadi pendapat itu tidak diterima.
2. Disebabkan hibernasi. Menurut pendapat, ada spesis ikan yang tinggal di dalam tanah untuk proses hibernasi. Apabila berhibernasi, ikan itu akan muncul kembali dari dalam tanah.
Itu pendapat mereka la.
3. Disebabkan banjir yang berlaku.
(Jika disebabkan banjir berlaku, bagaimana ikan itu nak panjat pokok apa semua? Ikan tidak ada kebolehan seperti itu. ye dakk?)
Jadi pendapat ini tidak dapat diterima juga.
Sehingga sekarang, mereka masih mengkaji, dan menjadi misteri serta persoalan bagi mereka (omputih)
Bagi kita umat Islam?
Di dalam surat Al Baqarah ayat 117, Allah berfirman:
“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak
sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah
ia.”
*Renung-renungkan dan Selamat Beramal.. he he ;)
.THANKS FOR READING. much love :)