Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts

26 February 2012

rindu betul ZAMAN sekolah rendah..!


Aku suka bercerita dekat adik aku time2 nak tidur, ala ala bed time story la kan. Kadang2 sampai ke pukul 3 pagi aku duk bercerita. Tu pasal la pagi2 selalu bangun lewat ! Tak cukup tido la katakan. HAHA (teruk betul)

Ingat lagi masa aku darjah 1, dekat Taiping la tak silap aku. Asal habis sekolah je bunyi loceng terus berlari keluar. Masa tu ayah aku mesti dah tunggu kat luar sekolah dengan baju pejabat dia. hehehe. kalau ayah aku tak tunggu, mesti aku mengamuk+menangis! tu pasal dia tunggu jugak nak ambik aku. sayang abah..! Perkara paling takleh lupa masa tu, aku lari2 (bajet comel la) masuk satu kereta ni. Ingatkan ayah aku. Sekali tengok.........

errr!! tesalah masuk kereta! sob sobss. Nasib baik kecik lagi time tu. TAK TAHU ERTI MALU. HAHA. aku hehehe terus keluar kereta.


Next, benda nih.



Sliding door ni paling aku benci dulu. Masa aku pergi mengaji kat rumah ustazah aku dulu, punya excited nak balik. Waktu malam kann. Memang aku dah habis dah baca quran waktu tu. Boleh la balik. Tunggu ayah aku datang ambik. Nampak kereta kat luar rumah ustazah ja, terus aku berlari keluar lepas salam. (aku ni memang suka berlari eh) Aku nampak la environment kat luar, walaupun gelap kann. Bajet memang pintu dah bukak laa. Sekali lari....PANGGGG!! Sakit oii.
Dia punya transparent pintu tuh memang buat aku xnampak yang pintu tu tutup. huk3. Menangis aku. (biasa la budak2) Dah la aku tertelan penutup pensel tiktik sebelum tu! (macam2 betul la)



Then yang ni pulak. woahh! memang feveret aku !


Pemadam ni doposen kot satu. Feveret aku duk mengumpul, beli banyak2 lepas tu lawan ngan kengkawan. Pemadam yang paling aku ingat yang aku beli, pemadam bendera switzerlend (todia eja pun taktaw dah.HAHA bantai saja) Lawan dengan kengkawan, kalau yang pemadam duduk bawah pemadam lain tu la yang kalah. Tapi aku selalu menang la. HAHA!



Then sudah, next sudah. Seterusnya la pulak !!




tadaaa ! Gasing ni, hobi aku masa petang2. Aku bukan apa, aku selalu ikut abang aku main benda ni. Selalu la lawan dengan dia. Dulu boleh la jugak berpusing gasing nih, sekarang? nak baling pun aku tak reti kott!! HAHA. kenangan2.
Ada terjumpak gambo aku pegang gasing dengan pakai short nya. Sebelah abang aku dengan adik aku. Tiga2 pegang gasing. hehehe
Muka gangster habissss...!!

tapi sekarang aku sopan la. hehehe (gelak sambil tutup mulut) weeeee~~


banyak lagi kan kenangan? happy pulak bercerita ! haha, ok byee! :)


zaman sekarang no gasing2 dahh! ayuu gitu. mwahahaha (ceh perasan)

 



.THANKS FOR READING. much love :)

23 February 2012

bapak borek anak rintik.. ye tak??


teringat pulak lawak dalam kumpulan Sepah raya 2011 punya video.
Shuib balas kat Jep : "ape la awak nie, dok 'borek borek'

HAHAHA. sape paham senyap sudah. Sepah punye lawak memang lucas sikit, mwaha~

just short story je sebab tangan memang menggatal jugak nak tulis. Ada satu malam ni, ayah aku suruh aku ironkan baju melayu dia pasal esok nak pakai kann.

ayah aku : Tolong gosok baju abah tu. Esok nak pakai.

aku : (biasa laa aku kan pemalas) alaaaaaaaaaaaaa.buat apa nak iron2 ni. Leceh la, dah la orang tak reti iron baju melayu. *hakikat*

Mulut je cakap potpetpotpet tapi kerja berjalan jugak. Aku cakap je xnak buat, tapi aku akan tolong jugak. Heheh. Aku masuk bilik ayah aku tengok kat tempat iron. Naaa, satu baju pulak extra suruh di iron *memang keje aku meng'iron' pun kan*
Baju mak aku rupanya.

Aku yang jenis pemalas ni iron la jugakk baju makbapak kesayangan aku tuh. Lama2 aku bosan iron, sebab sunyi kann. menghadap baju je, dah la susah nak iron. ayoo.

Sekali aku keluar bilik. Ayah aku tengah tengok kompiter. 

Aku : Abah, ni nak pakai tudung mana ni. Orang nak iron ni. (dengan muka serius gila)

*aku ingat ayah aku taknak layan aku* Sekali dia balas.

Ayah : Awak ambil la mana2 tudung. Kaler kelabu ke (sebab baju dia kale kelabu). Ataupun yang matching2 sikit.

Aku ?

kikikikiki (gelak guling guling dah) HAHA.
Kalau nak diikutkan, ayah aku lagi master merapu daripada aku. hik3

okbye!


Nak tengok video Sepah nie? Boleh tahan la. Layannnn ~~

Link ke utube (klik sendiri lah yerr) hehe 


.THANKS FOR READING. much love :)

15 February 2012

jantung stop selama 10 minit

Ini kisah benar and benar benar benar terjadi. Pagi Isnin hari tu (cerita dah lapuk maaf) aku dikejutkan dengan calling from my mom. aku pun dengan mamai2 angkat la fon. mak aku masa tu dah pergi sekolah, sebab dia cikgu kan. Rupanya mak aku tertinggal ubat darah tinggi dia kat rumah.  so dia tengah fenin2 dia kena makan la jugak ubat tu. Then dia suruh abang aku pergi hantar kejap kat sekolah pasal dekat je pun sekolah tu. Nak harapkan aku drive memang takla. masih penakut !! errr :S


umi : kejut laa acik tu,umi nak cakap dengan dia.


aku : alaa. susah la kejut dia. xnak laa. umi call la dia baru dia bangun. (tengah dok terhuyung hayang agi tuh pasal baru bangun tido)


*aku pun kejut la diaa. aku bukan apa, abang aku tu spesis tido mati! susah gila nak kejut dia. bom meletup pun aku rasa dia tak bangun. ish3.


aku : alaa umi. susah laa dia takbangun nieee. eeee ! (dah wat muka bengang)


kakak aku pun ada masa tu baru nak pergi kerja. dia pun duk seru2 jugak nama abang aku tuh. tak bangun2 jugak..haihh..susahhh !!


then aku tergerak hati, nak tengok jantung dia. kan bila tidur kan kita bernafas kira gerak2 la jugak. 
Sekali aku tengok...
dia tak bernafas langsung !! aku dalam hati..Ya allah!!


aku : (dah menjerit2) umi..umi !! acik..


umi : kenapa dengan acik? tak bernafas??!! (mak aku dah cuak. dia dah la ada darah tinggi)


woahh. keadaan semakin harubiru (cewah ayat)


kakak aku duk tengah siap2, dia cakap biar betul tak bernafas. tak kan lah !!
(selalu dia takdela sampai tak bernafas, cuma susah bangun je)


Sekali kakak aku tengok.


kakak aku : acik. eh betul laa. xbernafas! (sambil pegang dada abang aku) ehh sejuk niee. (terus memanggil acik..acik)


aku ? dah gelabah. Ya Allah. takkan abg aku dah xde nie!! wuu (dah nak nanges aku)


adek aku? 'akak...!!!' (dia lari nak masuk bilik)


sekali ayah aku naik. seru nama abang aku. acik, bangun! bangun!! (kuat gila suara)
*ayah aku tak tahu apa yg terjadi sebenarnya. dia naik2 terus kejut sebab duk dengar kiteorang bising2 kott kejutkan abang aku tuh*


lama tu, baru dia kembali bernafas. perghh! aku lega gila. mak aku pun menarik nafas lega. haihh..saspen!! terus aku bagi fon kat abang aku pasai mak aku nak cakap ngn dia.


tapi seriously la, dia memang xbernafas langsung masa tu. aku taktawu 10minit ka atau dah lama dahh. sebab aku takperasan! yang adik aku pulak boleh duk cakap. akak, patut la selama ni abah kejut dia kuat2. HAHA tapi hari tu memang. wooo. aku ingat dah kehilangan abang aku dah. nak menangis dah aku. sobs3








*lepas pada tu aku cerita balik kat dia*


aku : acik awk tawu tak tadi awak mati sekejap. betul ! awak bla bla (bercerita dengan bersungguhnya)


dia? gelak sajaa. HAHAHA


bila ingat balik, lawak pun ada. pasal semua orang kalut2. kakak aku pulak time tu baru nampak prihatin. wawawa. dalam hati aku, woahh prihatin jugak kakak aku. walawehh!! HAHA


adek aku?


adek : akak, kau tawu kenapa aku nak lari masuk bilik?


aku : apesal kau?


adek : aku bukan apa. aku takut. kalau tu bukan acik yang tido kat situ..eee!! seram33!!


aku : ngek kauu!




p/s : sayang semua family aku (cewahh! tacink pulaaa) hehe semoga dipanjangkan umur semuanya..amin.
.THANKS FOR READING. much love :)

14 February 2012

gigih kan my mom?


ini la nota kaki mak aku sebelum dia pergi kerja. Actually dia pesan aku ngan abang aku pergi beli setem and postkan kad kahwin kakak aku tu haa.
siap pesan lagi kauuu. jangan makan mcD. makan nasi ayam atau nasi lain.

amboi makk ! warning tuhh.
dalam hati aku, mcD je tak boleh kira KFC apa semua boleh la ek?? hehe

then ada calculation pulakkk..sebab dia tawu anak2 dia, kalau ada duit lebih, kompem masuk dalam poket sendiri2 (sambil nyanyi2 lalalalalalala )

so bakinya? pulangkan kepada bapaknya. HAHA adoiiiii !!





p/s : ape pasal asal aku pergi edar kad kawen kakak aku kat kawan2 ayah aku (ayah aku ikut sekali la) mesti diorang tanya. 

YANG NI KE NAK KAHWIN TU??

masuk ni dah dua kali nehh. cukup TIGA kali tanya memang aku KAWEN PA????? HAHAHAHAHA Lol

.THANKS FOR READING. much love :)

pesan orang tua tua dolu...

Mak saya cakap, kalau orang tua2 cakap, jangan bantah, ikut saja. Perkara yang dilarang oleh mereka mesti bersebab.


orang tua2 selalu pesan,jangan buat itu, jangan buat ini, nanti bla bla bla bla. tahu sebab apa?


Jom tengok apa yang mereka pesan dulu2, stakat nie, yang ni je la yg mampu buat.kalau ada yang lain sila tambah2 ok.



kenapa xboleh duduk atas bantal? sebab nanti BISUL lah kononnya. tapi aku ada sebab tersendiri. depa takbagi duduk,pasai nanti bantal tu penyek. lagipun bantal untuk tidur, kalau nak duduk pi cari kerusi ok. ikut logik, memang xlogik la. asal duduk atas bantal ja, tumbuh bisul. nak kata bantal boleh buat darah menjadi kotor, TIDAK jugak. Tiba2 ada bisul bila duduk atas bantal.
*bisul terjadi bila darah kita kotor* (yeyek je aku,kalau xsilap la)


anak dara wei,'jangan nyanyi kat dapur, nanti KAWEN NGAN ORANG TUA' katanya lah. Atuk,nenek, kalau orang tua tuh kaya,cukup semua,saya pun nakk! HAHA (gila pisaucukoq)
meh pikir mehh. kau nyanyi kat dapur, esok lusa tengok2 kau kawen ngn orang tua. kalau betul,tak apa la. kalau kawen dengan orang muda? hehe. apa pun jodoh di tangan tuhan kann. 
Sebab depa xbagi nyanyi dekat dapur, nanti akan menganggu konsentrasi orang yang tgh masak kat dapur tu. daripada lauk sedap dah secukup rasa, tiba2 terlebih garam. MANA TAWU? (:

 Haa..yang nie aku xsure. Rasanya penah dengar. sejauh mana kebenaran, taktawu laa. depa cakap tak elok kepit kuku masa malam2. nanti BENDA BURUK JADI. betol kaa? ke aku salah main cakap je? hehe. tapi aku selalu dengar laa. mak aku mesti xbagi aku kepit kuku malam2 tapi aku bantai jaa. bukan sebab apa, sebenarnya, yang kata tak elok tu, takut terkepit isi kuku je. kann berdarah nantii? malam kan gelapp. mata punn bukan nmpk sangat. sebab tu la kott..err!! kottt!! hehe
 yang ni aku rasa pesan aku sendiri kort. atau kengkawan aku yang cakap. bukan orang tua2. haha. masa anda belajar, jangan asyik duk tukar tempat. nanti ILMU TAK MASUK. Maybe ada betul jugak kot. pasai selama nie aku belajar selalu jugak tukar2 tempat. maklumlah time study je mulut berjalan,kaki pun berjalan la. patut laa aku susah ingat! Huu
Orang tua2 cakap, jangan jahit baju/seluar atau what so ever la masa korang tengah pakai benda tu. katanya, TAK ELOK/TAK MOLEK/TAK BAIK. Tak elok tu bukan sebab apa, takut tercucuk jarum dekat kita je. kan sakittt tuu. takda penyakit,pergi cari penyakit. hmm lebih kurang macam tu laa. lagipun tak sopan laa nak menjahit,buat cara menjahit. hee :) *padahal aku penah buat jugakkk.ahhh,bantai*






*ni part yang last orang tua2 pesan,part yang paling aku xsuka sangat*



TADAAAAAA..!!


 JANGAN

nanti sakit kepala..! HAHA okbye!

*orang tua2 dulu tahu ke online tu apa?errr!!*


p/s: buruk gila lukisan akuhh. waaaaa~~




.THANKS FOR READING. much love :)

03 February 2012

dah guna baucer ?

anda anda semua mesti dah guna lama kan? aku baru jahh guna,huhu. ketinggalan.
saja nak share apa yang aku beli :) xnak tengok,tutup mata ok. HAHA


harga semua rm149.95 (boros kan aku)
tadaaa!!
bagi kaki novel yang xberapa nak kaki mesti beli novel jugak kan kan? aku xdak la minat sangat novel,just nak isi masa lapang. ni aku beli kat mph jusco je. geram jugakk laaa, masa aku pulun pegi kat kino, dah pilih2 novel tetibe orang tu cakap nak KAD MATRIK. haiyaaa. mana aku ada bawak beb. so dengan muka xmalu nya, pi la letak balik.. sadis2!! HUHU.. nak ubat hati aku, aku pun pegi la jenjalan kat masjid jamek.

hari ni pergi dekat mph,xpayah kad matrik laa pulak. rasa macam nak jugak je bagi sebab aku dah bawak.

ITEM : 3buah novel
               1 buku UAI
               1 buku chicken soup
               3highlighter
               3pen kaler2
               3files kaler merah
               1 paper colour2

whoahh! aku xdak pilihan kot. bayangkan pen kaler2 yang banyak and highlighter banyak2 kaler licin habess!! tinggal sakibaki je kat aku. huhu. nasib la pegi lambat..
tapi yang best kat MPH, dapat baucer percuma rm5 :)

SO,
bagi sesiapa yang taktawuu nak beli apa and bukan peminat novel,
belilah sesuatu yg korang suka contoh macam pen kaler2,highlighter yg boleh diguna semasa membaca atau membuat nota. kann :)
selebihnya seeloknya belilah buku reference. depends on people :) (jangan blame ape yg orang beli ok) HAHAH *tersirat ayat tu* 
kalau minat novel, belilah asalkan anda gembira and bukan selalu pun dapat duit free. HAHA okbye.


p/s : mintak maaf kalau tersalah kata. hehe assalamualaikum :D

.THANKS FOR READING. much love :)

23 January 2012

UA (citer nie terbaek!! rugi xtgk)

UA? apekahh? haha. nie muvie ok, Underworld Awakening.
sy (ceh sejak bile guna sy) ok sy tgk masa spent time ngn membe kat pilah. at first, afte exam kiteorang plan nak pegi bermandi manda kat Ulu Bendul. But then, kita hanya mampu merancang rite?? :)
last2 pergi Bahau kat Kiara, tgk muvie sudahhh. huhu


citer nie best kott! sy bagi (8/10) laa. pasal ape, ending nye macam ??! entahh. maybe ending nye xmacam yang sy expect kot! hehe


jalan cerita for muvie nie- battle antara spesis vampire. vampire ni actually ada banyak   (kalau xsilap sy la dalam ape yg sy tgk through cerita ni) Kalau salah tolong betulkan ekk. pasal sy nie payah sikit nak paham. HAHA
ok then, vampire perempuan ni. Selene (nama dalam cerita tu la) dia ni ganas sehh! bunuh banyak orang. kalau tengok cara dia bunuh memang terbaik! macam real kot!
tapi satu je. vampire ni dalam hati ada taman jugak.. dia bercinta dengan Lycan (spesis lain kot) tapi last2 dua2 nie jadi buruan manusia. and bagi spesis yg sama dengan Selene nie, diorang anggap yg Selene ni  pengkhianat. 15tahun diorng kena kurung dalam ais. smpai la satu masa, Selene ni boleh escape. and dia keluar utk cari bf dia tu and jugak anak dia.
ada sorang polis nie, dia baik and dia tlg Selene daripada ditangkap oleh manusia (tapi sebenarnya Lycan punye spesis taw) Diorang menyamar jadi manusia and ada syarikat nama Antigen (lau xsilap) *ehh betul ke aku neh, asenye macam masuk muvie laen pulak!


huu belasah aje la.. ngee


pendekkan cerita, macam biasa. diorang dapat bunuh Lycan yg besar gila33 tuh and kuat. mana takkuat,diorang cucuk something kat body. letak apebenda tahh. Last cite nie, dia dapat selamatkan anak dia drpd Lycan sebabnye Lycan nak sangat2 anak dia. sebab anak dia nie ada chemistry ngn bapak dia, so akan jadi lebih kuat la spesis Lycan tu. and satu lagi, bapak dia berjaya escape dari ais tu. but thenn last cerita. xtawu bapak dia pegi mana!! caitt. tu la citenye macam tergantung sikit. HUU




jommm. tgk sket gambar from citer nie. kasi warming down sket!  :D





ni poster nye ! 


Lycan mengganas


kena kurung dalam ais selama 15tahun kott!! (sejuk oii)


 polis ni baik, tolong vampire tu


 bukan nak membunuh ok! she's try to heal kawan dia. hee


 ensem la..sape niee. xkenal pulak. tp dia spesis vampire gak


dah macam ropa hantu aku tengok. ni anak kepada Selene tu

*sebab apa polis tu tolong vampire tu?? pasal.. isteri dia dlu pun vampire. tapi mati.. sebab manusia la bunuh! dats y dia memahami perasaan vampire :)

korang kalau nak tengok cerita nie, tengok la.
takrugi ponn. bagi penggemar cerita ganas2 lawan2 cam sy niee. memang enjoy laa! HEHE
okbye! 

.THANKS FOR READING. much love :)

21 June 2011

celebrating besday yg dah 'expired'

hollaaa. next week i dah final but then still laa curik masa utk spent time nak belanja my fwen nie for her besday :') aku dah janji laaaa nak belanje dye seulas pizza. eh eh takkk dua jenis pizza lorh ! here some pic (ngade nk uplod jugaaa)


waiting for the meal yaww




feveret! feveret!! eskrem lover lah katakan :)



yummy!!



pizza ape tah but i loikeee




hepy je muka. hehe :')


xdak keja la nieee



friends


beloved sys and her belated birthday


diorang semua 3 slice but me?? EMPAT slice! hehe


with ariffah cun!



dah2 memang saya mkn byk pun.ok bye! 






ok bye ! ase lapaq pulak tgk benda alah nie :D g2g assalamualaikum .
.THANKS FOR READING. much love :)

19 June 2011

BALASAN di dunia dibalas dengan CASH TAWU?

wuwu. sumpah tobat aku nyesal daaaa. lain kali aku xnak gelakkan kuceng lagi =.='


alkisahnye ade satu hari tu,pagi yang indah nak pegi kelas..pintu bilik aku terbukak, kelihatan aku tgh bersuka riaa meng 'iron' baju utk ke kelas. datang la seekoq kuceng mai nak menyebok tgk2 aku iron baju tu..bukan pasai apa..dia minat ngn tali iron tu dok gerak2 ketika ku sebuk meng iron baju kurung ku... setelah itu aku letak la iron yang masih panas tu. dah kuceng tu nyebok sngat, aku pun cakap laa..


'haaaa! duduk dekat2 kang terkene iron panas ni baru taw!' (sambil wat muka garang la kononnya kuceng faham)


sekali kuceng tu gi cium iron panas tu mau dia xterkejot. hidung dye mcm tersentak la kan. err cm na eh nak cita.. em lebih kurang macam tu laa kan. lepas tu aku pun apa lagi jahat giler gelakkan kuceng tu.


'hahahahahaha tu laaa aku dah ckp jgn main dekat2 sini kang dah kene.kikikiki'


yang kawan aku dah marah aku sebab gelakkan kuceng. ngeh33...


tuan2 dan puan2 sesungguhnya binatang hanya dikurniakan akal tp bukan fikiran. err!! mane la kuceng tu tawu kann. ya ampunnnnn.


esok tuu aku iron baju lagi then aku cite blk kesah tu smbl gelak2 ngn kwn aku. sekali aku letak iron and nak ambil balik . .




woooooo!! awwwwww. panasss giler...zssssssssssssss~ ok fine. sebijik mcm kuceng tu kene smalam. dalam hati aku.. haaa amek kau. balasan leteww. cara aku kena pun mcm kuceng tu gi bau iron tu smlam. jari aku tarik2 laju3. mula2 xberapa pedih, tapi lelama dah jadi macam gini.. tinggal kesan yang mungkin takkan hilang?? hee rosak jari .


bukan yg titik tu,yg pjg tu haaaa. titik tu dakwat pen. hee
setiap kali aku jumpak kuceng tu mesti aku tgk hidong dia pasai sebijik macam aku kena kat jari ni tapi dia kat hidong. HAHA ! sengall jehhh ahh 


sooo..moral of da story??
haha. pengajaran kat aku jugak. lagipun betul ape,bukan saja dekat kes aku ni, yg lain2 pun. kalau kita buat sesuatu yg buruk,and allah xsuke,kompem akn dibalas direct trusss kat dunia nie. tu belum lagi akhirat kan?? err ok daaaaa :')




.THANKS FOR READING. much love :)

02 May 2011

akhirnya si dia melamar aku

hai semua. hari ni aku gembira sangat. yeahh im 20 baru but aku akan menamatkan zaman bujang aku (cewah bujang la sangat)
semalam jugak (sebab skng dah pukul 12 so da xle consider la nak tulis HARI NI) si dia melamar aku. saat2 yang aku tunggu selama ni. dah 2 tahun kteorang kenal2 hati budi, jantung apa semua. suka duka pun kiteorang dah lalui bersama. aku harap keputusan aku nie adalah yang terbaik untuk diriku. walaupun aku masih belajar, sebagai student, tapi aku akan cuba untuk jadi yang terbaik untuk orang sekeliling aku. dia memahami aku. dia sangat menyayangi aku. dan diaa faham situation aku sebagai seorang student yang xhabis2 belajar lagi. lagipun dia dah bekerja. so xde hal lah dalam masalah kewangan. aku janji akan hidup dengan dia smpai aku mati. and aku harap aku akan lebih mencintai dia selepas aku bergelar seorang isteri.. terngiang2 lagi saat dia melamar aku tadi. kteorang gi makan sama2 and aku sangat xsangka yang dia ada beli cincin (masa bila taktaw) tapi aku taktaw masa bila dia letak cincin tu kat kek yang dia order.. awww so sweet lahh u ! and nasib baik aku xtertelan cincin tuh kalau x mati tercekik la aku kan kan kan. esok pagi aku nak bagitawu mak aku pasal nie lahh.. and aku harap aku wat keputusan yang betul lagipun aku sangat mencintai si dia.. OMG!
ok aku nak mintak maaf kat semua kalau yang membaca, ni semua aku mimpi saja. oi gila kaa nak kawen awal2. helo aku nak enjoy3 dulu beb. xbesh ah kawen awwai2 tapi kalau dah ada jodoh nak buat macam mana kan. aku terima ja. ni sapa hat mai masuk minang aku, sapa2 la. aku terima teruihh!



ni kalau aku cakap kat mak aku. mak, nak kawen! kompem dapat *panggggg 'gelenya teh nop nikoh doh. ngaji bagi habih dulu gak. olohh. ni kijo xhau mano agy dapat result pom gano doh mikir nop nikoh2 doh'
translate kot kedah : gatai noh nak benikah. bagi habis blajaq dulu. ni gheja xtaw cena lagi nak dapat result pon xtaw cena dah pikiaq nak benikah!
translate kot bahasa baku : gatal nak berkahwin. biar habis belajar dahulu. ini kerja tidak tahu bagaimana lagi keputusan juga tidak tahu dah berfikir untuk bernikah.


haaa..lebih kurang gitu gitu laaa!


errr..ok buhbye!!
*lek luh law nak kawen pon! hihi
.THANKS FOR READING. much love :)

22 December 2010

CITA CITA zaman kecil kecilan

Assalamualaikum

assalamualaikum pembuka bicara . ewaahh ! dah macam sajak pulak kan.
dah lama jari aku tak menaip. bukan apa. sibuk sangat la katakan. malam tido lewat, pagi bangun lambat. lepas tu buat kerja rumah. ecehh. suri rumah la kann. free of caj punya. huh.

ok ok sudah sudah bab2 membebel. entry aku kali neh aku nak cerita pasal CITA CITA aku.
tapi sebelum tu sory (pasai loghat kedah) ni suma gara2 aku renduu nak kecek kedah la. HAHA.
hangpa dulu (ha todia keluaq dah bahasa) ada dak berangan rangan nak jadi apa bila besaq nanti? kompem ada kan kan?
aku kompem hgpa dulu masa kecik2 dok sekolah rendah kena isi BORANG apa taktaw. bukan borang la aku lupa. bunyi dia ala2 macam ni la. kena senaraikan TIGA cita cita kita.
hangpa ingat dak?
xkan aku sorang ja kena isi  ? (hangpa toksah dok muhong naa) *kaih la support aku

ok . seingat aku dulu aku letak TIGA benda ni la kot .
1.DOKTOR
2. CIKGU
3. POLIS

cehh . bajet gila tyme kecik2 dulu kan. konon nak jadi hat hebat2. HAHA !
aku ada gak usha kawan aku punya. aku usha curi2 pasai cekgu aku cakap jangan meniru. so aku usha senyap2 la. dulu boleh la. cekgu cakap jangan meniru. haa todia, tgk sebelah pun xberani. (tapi aku tengok gak sipi2) la nehh, kalau exam ka apa. expert meniru baq hang ! tapi bukan aku la. aku cakap kawan aku hat dok kat u lain uh. bukan aku okay.
bukan aku (sekali lagi)

balik pada aku usha hat kawan aku punya cita2 tuh. aku nampak dia tulis nak jadi penyanyi kot kalau xsilap aku la. aku neh dalam hati dok gelak2 dah kat dia. ya la. kecik2 dah pikiaq nak jadi sopa lagu tuh. dulu kecik2 pikiaq pn bengong2 lagi kan (bahasa ok sikit daripada cakap bodo kan) xpa la kan. biasa la tuh.

bila teringat balik rasa nak tergelak pun ada. tambah2 yang NOMBOR TIGA tuh. nak jadi polis? aku cakap pasai aku la. hangpa aku taktaw la. mungkin berupaya? tapi kalau aku neh. aku rasa pegang pistol pun aku ketaq2. ni nak tembak penjahat ka segala macam. takmaw akuh. lagi satu kan kena lasak2. aku mana boleh lasak2 neh. hangpa taw dak aku ada sakit? (buat tacink sket) aku cepat toi nak rasa pengsan. sebab apa aku pun taktaw haa. maybe aku 
darah rendah kot. kesian kat aku kan?
(aku pakai men cakap ja aku ada penyakit) aku mana taw. xpa nanti aku pi cek


then DOKTOR? OMG! dulu aku kecik2 mana taw nak amek doktor neh susah. dok ingat senang la kan. tu pasal la aku letak doktor nombor satu. tapi aku ingat la sebab apa aku nak jadi doktor. aku pikiaq nanti besaq aku boleh main rawat2 pesakit lepas tu ada satu klinik aku bukak. kat klinik tu aku jaga mak ngan ayah aku kot2 la kalau depa sakit kan. aku boleh tengok2 kan. sebab tu la aku nak jadi doktor. tapi sekarang baru aku taw. aku x LAYAK. HAHA ! tahniah kat kengkwan aku yang dah berjaya amek MEDIC ok. dulu mana taw MEDIC tu apa. men cakap dokter2 ja. BIO aku pun hampeh. haa lagi satu.
nak jadi dokter la sangat. bunyi mangkuk jatuh kat dapuq tyme malam2 pun dah lari pecut masuk bilik. padahal mangkuk tuh letak tak betoi dah kalut kata ada hantu la. mangkukss ayunss toi kann. bukan tengok mayat agy. hmm. tu salah satu REASON aku xleh jadi dokter.




CIKGU? hmm. kerja neh MAYBE la aku insyaallah boleh jadi. dulu aku pakai buh ja cikgu nombot DUA. pasai aku ada hati nak mengajaq oghang. dulu cekgu aku garang taw. ni aku ceta masa aku darjah satu la. aku selalu kena marah kalau xdapat nak jawab. tu pasai aku nak jadi cikgu aku nak wat balik kat student aku nanti. baru depa taww erti student. HAHA. (saya bukan pendendam) dulu aku kena tibai gak pasai nakai sikit la neh aku nak wat kat hgpa pulak la. (padahai hbs blajaq pn belom)




and SEKARANG..
hangpa taw dak dulu kan (sambil wat muka kalut nak crita) eh bukan dulu la. masa aku dah naik tingkatan kot. taw dak cita2 aku apa. memang la taktaw pasai kita baru kenai kan? HAHA ngek. terlintas jugak kat otak aku neh, nak jadi PELAKON . haha, BAJET gila. aku pikiaq ke arah benda neh and sewaktu dengannya la. tak jadi pelakon aku nak jadi COMPOSER. tak pun jadi PENYANYI. tapi aku reject la penyanyi pasai aku x segak kan. 
dulu masa kat sekolah aku penah nyanyi duet ngan kawan aku masa tu form 2 kot. fest tyme aku nyanyi wat persembahan. aku nyanyi lagu siti tapi MIC aku ROSAK so keluaq SORA siti . gila malu woi ! nasib baik aku form 2 masa tuh so aku tak berapa nak taw ERTI malu. waakakaka~ muka buat slumber sudah.
aku pun taktaw la macam mana boleh terlintas nak jadi composer la penyanyi and so on. rasa nak gelak guling2 pun ada. tapi kalau hangpa nak taw hobi aku mang suka nyanyi sorang2 la.
hari tu kantoi ngan abang aku pasai aku nyanyi kat dapuq sambil tengok cermin and buat mimik muka (cuba bayangkan) abg aku bukan nak habaq kata dok tengok, yang aku dah buat aksi macam2 dah. terasa diriku ngok sebentar ketika itu. terima kasih.




 ni salah satu vid aku dapat dari sapa, aku taktaw (ceh taknak mengaku owner)
short ngokngeks record. nak tgk, klik. xmaw, LEAVE ok .


haaa. dah tengok ka? record ja neh. sebotan yang begitu JELAS dan NYATA kan? HAHA. ni kembaq aku yang wat. bukan aku okayy. lagi sekali. bukan aku. dia cakap takmaw habaq kat sapa2 pasai dia malu. tapi aku dah ter uplod dalam blog nak wat cena kan. ni hangpa jangan gelak kat dia, dia taw sora dia memang xsedap. dia taw ok. dia tengah menaip neh. kesian kat dia kalau dia taw hgpa gelak. hgpa tengok senyap2 sudah la. gelak dalam perot ja ok ! dats ol bebeh ! HAHA (:


dictionary translator sendiri punya
pilih bahasa : 
kedah TO kolumpo

besaq                                BESAR
hangpa                              KORANG
kaih                                  LEKAS
usha                                 TENGOK/SKODENG
la                                     SEKARANG
sopa                                 SERUPA/MACAM
ketaq                               KETAR
cek                                  CHECK/MEMERIKSA
pikiaq                              FIKIR
mengajaq                         MENGAJAR
tibai                                PUKUL
sora                                 SUARA
mang                               MEMANG
dapuq                              DAPUR
sapa                                SAPE/SIAPA
habaq                              BAGITAHU/BERITAHU
gelak                                       KETAWA
melawak                         BERGURAU



ok dah2. nanti aku ajaq bahasa jerman pulak k ! 
(woi,aku x  melawak naaa,sungguh ni)
HAHA ! ok BYE .


p/s : aku bukan orang kedah.but hanya menuntut ilmu disitu until form 5 (:
aku suka gak cakap utagha so biaq pi kat aku la wei ! utagha di hatiku. cewahhh~

.THANKS FOR READING. much love :)

14 December 2010

driving class lagi !

selasa and tuesday !



ok hari ni aku balaja driving lagi. ouuhhh memang lah syiok tapi penyakit aku yang GLABAH ni memang xdapat nak dibendung =.='

kenapa gelabah eh?
maybe sebab xkonfiden kot. tapi kalau over konfiden susah pulak kan.
grr, berapa kali aku kena tegur.
wani ni ganas sangat.
wani ni kelam kabut.
wani tu wani ni.. huaahhhhh~

mana tak nya, tukar gear tgk gear sekali,sampai stereng entah ke mana.
sekali tolak bukan slow2, ganas nak mampus. kalau tak, boleh patah gear tu aku rasa. at first kat jalan raya,masalah aku just tak reti nak balance kan clatch and minyak.
tapi bila dah banyak kali bawak kat jalan raya,ok fine. aku dah boleh.
kalau tak sebelum ni, hmm mati enjin bape kali. hehe :P
and masalah aku sekarang takut nak tekan minyak bila lepas berhenti. grrr~
aduhaiiii wani.. bila lah nak expert nie asyik takut and gelabah memanjang ja. pffftttt~
dekat dengan bonggol pun kau pegi tekan minyak and lajukan lagi. mana tak terkejut pakcik sebelah kau haaaa.
asyik gelakkan aku je. hahah ! jalan nal balik rumah pun kau xtawu,
dah kata kiri,kau pegi stret. aduhhhh. kelemahan aku,
aku xleh fokus dua benda. tyme driving lah. masalah ni.
kalau tuka gear ak akan tgk gear. jalan yang depan entah ke mana. masalah kan?
then kalau ada kereta tepi or belakang aku x tengok dah. bawak main ikut suka je. huuuuuuuu



bolehkah aku driving pada masa hadapan kalau still macam nie ?
hmmmmmm~~ chiayokkkk c(:


*last kelas kot tadi,coz nak test xsempat.sambung tyme cuti mid sem lak.. so,aku xleh bawak kete ngn korang lagi lah ye rakan2. hmphh lau suh aku bawak pun belum tentu aku nak bawak agy. gelabah tak habis habis .

.THANKS FOR READING. much love :)