07 September 2012

SENYUM LAH COZ ??

 
x cantik. Tapi nak share jugak !

heee. No matter, awak macam mana pun, SENYUM lah.
Yang masam2 bila senyum, semua jadi cooooooomeeeeeeeeeeeeeelll !! OK !! ;) 

.THANKS FOR READING. much love :)

06 September 2012

Hujan IKAN ! Subhanallah

   
Baru2 ini ada tengok national geographic. Apa yang menarik, ia membincangkan perihal perkara yang pelik2, antaranya Hujan Ikan yang terjadi di Lajamanu, Australia.



Ikan? Fish? yang kita makan tiap2 hari tu. Tak makan tiap2 hari? ok. makan sekali skala pon boleh kan? :)
Orang putih ni cakap xmustahil boleh berlaku keadaan sebegini, di mana ikan turun dari langit. Dan apa yang mengkagumkan lagi, ikan itu masih hidup, dan boleh berenang jika terjatuh dalam air.

Jadi mereka pun mengkaji bagaimana ia boleh terjadi.
Ada pendapat mengatakan,

1. Ia disebabkan ribut taufan yang berlaku di laut, jadi semua ikan dinaikkan ke atas oleh taufan tersebut lalu jatuh sebagai hujan.
(Kajian membuktikan bahawa laut yang terdapat di kawasan tersebut amatlah jauh dari tempat kejadian, jadi tidak mungkinlah disebabkan taufan. Selain itu, ikan ada tahap untuk hidup, i mean dia punya temperature yang specific. Jika ia dibawa oleh taufan, ikan tu xsepatutnya boleh alive)
Jadi pendapat itu tidak diterima.
2. Disebabkan hibernasi. Menurut pendapat, ada spesis ikan yang tinggal di dalam tanah untuk proses hibernasi. Apabila berhibernasi, ikan itu akan muncul kembali dari dalam tanah.
Itu pendapat mereka la. 

3. Disebabkan banjir yang berlaku.
(Jika disebabkan banjir berlaku, bagaimana ikan itu nak panjat pokok apa semua? Ikan tidak ada kebolehan seperti itu. ye dakk?)
Jadi pendapat ini tidak dapat diterima juga.


Sehingga sekarang, mereka masih mengkaji, dan menjadi misteri serta persoalan bagi mereka (omputih)
Bagi kita umat Islam?
 Di dalam surat Al Baqarah ayat 117, Allah berfirman:

“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia.”

*Renung-renungkan dan Selamat Beramal.. he he ;)

.THANKS FOR READING. much love :)

05 September 2012

alamak! tertukar selipar der . .

amaran : entry kali ini berbaur cerpen

aku berenang ke arah lain. Kagumnya apabila melihat bangunan yang dibina di dalam laut itu. Parking lot. Shopping complex. Terlihat office yang tersergam indah, semuanya ibarat satu bandar yang agak sibuk. Tidak terlintas di fikiranku untuk sampai ke tempat ini. Mana tak nya, bangunan di dalam air, dan aku boleh berenang ke mana saja yang aku suka.

'i'm at a payphone trying to go home All of my change I spent on you'...
Deringan semakin nyaring.

"erghhhhh.siapa pulak yang telefon nie kacau je aku mimpi". Ngomelku seorang diri.

"wani!" 

Dalam hati membentak marah. "ish umi ni kalau ye pun jangan la menjerit. Tahulah x bangun lagi. urghhh."

Aku membetulkan kedudukan yang tadi berbaring. Beratnya badan nak bangun Tuhan sajalah yang tahu.

"wani ooo anak oiiii !!" umi sudah mula membebel apabila aku diam. Tertidur barangkali. 

"sabar je la dengan anak umi nie yer.. he he." Spontan aku berkata.

"ye umi..ye.. mengapakah ibuku telefon di pagi2 hari ini?" sempat lagi aku berceloteh dengan gaya yang agak serius.

Umi seperti biasa, dengan suara lantangnya. Al-maklumlah.. insan yang bernama guru. Kalau suara slow macam muka tutup bantal, mana nak dengar anak muridnya apa yang diajar.

"wani, umi ni...pagi tadi nak cepat sangat. Sampai tak perasan yang umi ni tertukar selipar. sebelah kaler pink, sebelah kaler hitam. Awak pergi dengan acik ye, hantar balik yang betul dekat sekolah umi. Umi tunggu ok anakku. bye."

"err.. umi!"

tuttt...tutt...tuttttt......

"cakap dah la laju macam kereta api, xsempat aku nak cakap, dah letak. grrrr. kang xpasal hp ni kena makan". Aku mengumam seorang diri.



..............

Setelah pintu dikunci, aku bergegas menaiki kereta. Abang aku yang drive. Nak mengharapkan aku..memang tak lah! Harap je dah ada lesen. Buat hiasan dalam purse ada lah.

"Acik, awak tawu ke, umi tertukar selipar. Sebelah lain, sebelah lain.. Ape laa." Kata-kataku sedikit marah. 

Abangku tertawa kecil.

"Macamlah tak tahu perangai umi tu. Pagi-pagi ada je benda yang tertinggal. Spek mata lah. Buku laporan laa." Acik membalas,sambil memakirkan kereta di hadapan sekolah umi.

"ish, itu la. geram je!" tambahku lagi.

"Tunggu sini kejap, kite nak pergi bagi dekat guard tu. Suruh bagi dekat umi.."

Acik hanya mengangguk.

Saatku turun dari kereta........

"ohmyenglish!! acik, awak la yang pergi bagi dekat guard tu." Aku buat muka tak bersalah.

"lorh...apehal plak ni? Tadi beria sangat nak turun pergi bagi.." Abangku menggeleng.

"Tengok la nie..." Sambil menunjuk seliparku kepada abangku.



TAMAT


nak tahu apa yang jadi? Terbaik!
Orang yang cerita ni pun sama je dengan mak dia. U know what, tertukar selipar jugak!
Sebelah selipar jamban kale hitam, sebelah lagi kale hijau..

HAAAAAAAAMEKKK KAUUU! kan dah kena kat batang hidung sendiri. HA HA!

*moral of the story : Jangan nak mengata orang yang buat salah, kadang2 turn kita pulak yang kena nanti. Well, nobody PERFECT. ok thenn. bye :')

.THANKS FOR READING. much love :)

01 September 2012

HELLO SEPTEMBER !



HELLO ! ASSALAMUALAIKUM !
WELCOME MY DEAR SEPTEMBER.

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU.

SEPTEMBER, PLS BE NICE ;)

.THANKS FOR READING. much love :)

27 August 2012

Doa Permulaan Solat

 


Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah diantaraku dan kesalahanku
seperti Engkau jauhkan diantara timur dan barat
Ya Allah Ya Tuhanku, sucikanlah aku dari kesalahanku seperti dibersihkan kain yang putih dari kekotoran

Ya Allah Ya Tuhanku, sucikanlah aku dari dosaku dengan salji, air dan embun

Maha Suci Engkau Ya Allah dengan memuji-Mu, berkat namaMu, tinggi kemulian-Mu dan tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Mu 






p/s : Tahukah anda, duduk semasa tahiyat akhir boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. #Islam itu indah. Renung renungkan dan selamat beramal :)
 
.THANKS FOR READING. much love :)

15 August 2012

yow Whats App??

   

Hai olsss ! ada Whats App? i just called it wassap only. lebih kurang macam yow yow wassap man. ahahh. ok, dah mengarut.



actually Whats App ni dah lama kan? macam free chatting jugak la kan but still kena ada internet. if I'm not wrong. Aha. 



you ada whats app?
yaa, ada. why?
meh I wassap dengan you, boleh?
err. okay then.

Eceh ! taktik der if you wanna have awekss number. nak Whats App haharuslahh ada orang tu punya number kan. cara mengorat yang tidak bertauliah. harhar! ok just joke jangan marah okay :)

Saya dah delete acc wassap itu sebenarnya nak bagitahu. sobss3. Mana tak nye siang malam wassap je dah nama free tak kena kredit. ehehh! xdelaa bukan main reason pun.

Saya punya kredit sejak dua menjak ni kena tolak tanpa sebab and rasanya disebabkan makhluk wassap nie la. urghh! tensen. baru je topap then habis tinggal berapa sen je. Macam mana nak mesej pakwess! haha. lol. Memang hakikatnya free bila ber wassap2 nie tapi sy punya kes pelik sikit. Kredit tolak ! maybe sebab bila Wifi no line, dia pakai internet my celcom punya then kena tolak laa.

So i have to decide to delete je acc tu :( Sedih.

BYE WASSAPPPPP YOWW ! 







.THANKS FOR READING. much love :)

14 August 2012

MY CUTE LITTLE CAT OMOO!

  

 hai. I'm Zorro

 I love this pencil !


 Time ni kecik lagi


In prisoner
Haha well this is my cute cute kuceng. MY la sangat, my bro punya laa. Tapi xpela, adik dia pun boleh tumpang sekaki. 
Black 

Name : Zorro
Age : Undefined
Love : Anything yang gerak2, bola, cahaya lampu suluh. erk ! sangat aktif okayy xlarat nak jaga. Suka makan.
Perkara yang ditakuti : KASUT. very funny kalau bagi kasut kat dia. Memang melompat habis!
Orange

Name : Rambo (ala2 pisau rambo gituu)
Age : Undefined.
Relationship with zorro : Adik beradik
Love : Sama macam Zorro tapi yang ini lagi aktif wwoooo.
Perkara yang ditakuti : Spray shampoo kaler pink ! lol

See ! the latest picture okay. dia suka sangat duduk macam nie. alolo comel sangat der! Zorro ni manja sikit, marah sikit buat muka cute, xjadi ambe nak marah. ekeke. Sekarang ni dua dua dah besar. mana tak nya! makan tido makan tido. naik lemak kat bodyy tuuhhh.
Kalau berlari main kejar2 mesti goyang habis lemakk ! ayoooooo.


naa. tengok la keganasan mereka! buas okayyy. isk3. ok byee selamat berpuasa :)

.THANKS FOR READING. much love :)

23 July 2012

kegunaan AIR BERAS



 
 

tahukah anda, air beras ni ada jugak kegunaannya. air beras? Yeah! selalu time kita nak basuh beras, untuk masak nasi, air tu kan kita buang. air yang pertama tu boleh menyelesaikan sesetengah masalah (ecewahh bahasa)
1. kalau nak hilangkan tahap kemasinan ikan masin, mak saya pesan, rendamkan ikan masin tersebut di dalam air beras dalam bekas yang berasingan. mean that, jangan la ekau letak ikan masin tu dalam air beras yang memang ada beras tu. just airnya kita ambil ok ! :)
2. air beras penawar bagi mengatasi mabuk. tak kesah la mabuk apa, tapi asal rasa macam mabuk2, minum la air beras tersebut. InsyaAllah akan hilang kemabukan anda itu. Contoh macam mak saudara saya pernah sekali dia rasa pening2 setelah makan ubat. So, instead air kelapa yang boleh menghilangkan rasa mabuk, air beras jugak boleh :)




so far yang itu sahaja dapat dikongsi. apa tips lagi? mungkin anda boleh share? hee ok then. daaa!



.THANKS FOR READING. much love :)

22 July 2012

PUASA jangan PONTENG ok!




 
 
 
selamat menyambut ramadhan al mubarak

amboi lambat kan wish?? haha. anyway, puasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga saja, plus yang lain pun kita kena tahan jugak ok, nafsu, and segala kemungkaran la. and puasa ni sebenarnya melatih kita untuk 'mantain' kan kita punya IMAN. IMAN tu penting sebab kalau IMAN runtuh, rapuh, rosak la kita. tiada IMAN, kita akan lebih terdorong kepada melakukan kemungkaran.. sy bercakap berdasarkan pengalaman. Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan. kadang2 ilmu ada, tetapi amalnya kurang pun TAK BOLEH. nauzubillah. Diri ini juga sedang mencuba untuk berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah. perbaiki diri masing2 ya. Manfaatkan bulan mulia ini dengan melakukan banyak amal. InsyaAllah :)


.THANKS FOR READING. much love :)

06 June 2012

EXAM EXAM





hai. assalam warga bloggers (: 
dah lama x meng update terasa diri ini begitu rendah diri plak (apa kena mengena) he3..

27.6 start exam Ya Allah and sekarang pun tersangat2 busy with project and esaimen sabo je la siapa yang menghadapinya yer. adehh! TAPI TAPI TAPI still ada masa untuk on9 (ini harus) pelik kann. sesibuk mana pun on9 FB, or tengok muvie BOLEH la pulak??? MACAM MANA TU? hehehe :')

taksabar!!! nakkkkk cuti and spend time with blog yang dah lama tinggal. banyak ceritaaaa seyhhhhhh mahu dikongsi. ok sabar lebih kurang sebulan je lagi. stop membebel and nanti kita sambung lagi yaa .









later we story ok!! heehehe :') okbye.






.THANKS FOR READING. much love :)

05 March 2012

new semester


Bismillahirahmanirrahim. Semoga semester ini lebih baik dari semester lepas.
So, Selamat kembali ke sekolah !! ehhh ! U yang tercenta :D


p/s : penat urus majlis my sys, nasib baik xde kelas hari nii. fuh legaaaa!! (tarik nafas)

*hakikat* Jasad di kuala pilah, jiwa masih di rumah :| hati? di awang awangan. jantung? off course la dalam diri. heee okbye! XD



.THANKS FOR READING. much love :)

29 February 2012

game : 50 truths


singgah belog cik Nia Lidia , rase nak main gak game ni. Heee :)

1. Real name: nama pendek je la ekk. Nor Hazwani :)
2. Nickname(s): wanie
3. Zodiac Sign: Virgo
4. Male or female: Female
5.Elementary School: SK Convent Kota,Taiping, SK Sultanah Asma,Kedah
6. High School: SMS Pokok Sena, Kedah [SAINA]
7. College: UiTM di hatiku :)
8. Hair color: xle nak truth sangat ! ngee
9. Tall or short: tak tall sangat, tak short sangat

10 . Relationship Status : Undefined
11. Sweats or Jeans: Jeans
12. Phone or Camera: Phone with high quality of camera
13. Health freak: i'm healthy ! hee Alhamdulillah
14. Orange or Apple: Apple
15. Do you have a crush on someone?: yeah XD
16. Eat or Drink: or ! hee. EAT :)
17. Piercings: Nope !
18. Pepsi or Coke: Pepsi for sure. err. mirinda boleh?? ngee

HAVE YOU EVER?
19. Been in an airplane: yes!
20. Been in a relationship: yes!
21. Been in a car accident: nope!
22. Been in prison?: coming soon? HAHAHA!

 FIRSTS?
23. First piercing: ni ape, aku xpaham. heheh
24. First best friend: Jie ha (ni masa kat taiping)
25. First award: Naib johan Basketball 
26. First crush: ZZzzzzz
27. First word: Hoh!

 LAST?
28. Last beverage : Teh o ais
29. Last person you talked to in person: My mom
30. Last person you texted: tadi eh? girlfriend, aiman :)
31. Last person you watched a movie with: Syida
32. Last food you ate: Roti sosej celup teloq
33. Last movie you watched: Adnan Sempit 2 
34. Last song you listened to: Thousand years, Christina Perri 
35. Last thing you bought: Shawl ! baru beli tadi. hee
36. Last person you hugged: i never hugged anybody. ngee

 FAVOURITES :
37. Food: Nasi goreng daging merah. waaa. sedapnyee!
38. Drink: watermelon juice 
39.Cartoon : jap nak pk.lama dah xtengok. hmm paling2 la, Spongebob.
40. Flower: rose kaler putih. soo sweet !
41. Animal : Hamster
42. Colors: Purple, Pink (err)
43. Movies: citer magic2. wooww
44. Subjects: Add maths,maths but i'm in biology. ergh

HAVE YOU EVER:
(Put an X in the brackets if yes)
45.[ X ]fell in love with someone.
46.[ ]celebrated Halloween.
47.[XXX  ]had your heart broken. (letak tiga kali sbb 3 kali kena. HAHAA)
48.[ X ]went over the minutes/texts on your cell phone.
49.[ X ] turned someone down
50.[ X ]Broke someone's heart




siap!! mengisi masa lapang. HAHA

nak tag :


.THANKS FOR READING. much love :)

26 February 2012

rindu betul ZAMAN sekolah rendah..!


Aku suka bercerita dekat adik aku time2 nak tidur, ala ala bed time story la kan. Kadang2 sampai ke pukul 3 pagi aku duk bercerita. Tu pasal la pagi2 selalu bangun lewat ! Tak cukup tido la katakan. HAHA (teruk betul)

Ingat lagi masa aku darjah 1, dekat Taiping la tak silap aku. Asal habis sekolah je bunyi loceng terus berlari keluar. Masa tu ayah aku mesti dah tunggu kat luar sekolah dengan baju pejabat dia. hehehe. kalau ayah aku tak tunggu, mesti aku mengamuk+menangis! tu pasal dia tunggu jugak nak ambik aku. sayang abah..! Perkara paling takleh lupa masa tu, aku lari2 (bajet comel la) masuk satu kereta ni. Ingatkan ayah aku. Sekali tengok.........

errr!! tesalah masuk kereta! sob sobss. Nasib baik kecik lagi time tu. TAK TAHU ERTI MALU. HAHA. aku hehehe terus keluar kereta.


Next, benda nih.



Sliding door ni paling aku benci dulu. Masa aku pergi mengaji kat rumah ustazah aku dulu, punya excited nak balik. Waktu malam kann. Memang aku dah habis dah baca quran waktu tu. Boleh la balik. Tunggu ayah aku datang ambik. Nampak kereta kat luar rumah ustazah ja, terus aku berlari keluar lepas salam. (aku ni memang suka berlari eh) Aku nampak la environment kat luar, walaupun gelap kann. Bajet memang pintu dah bukak laa. Sekali lari....PANGGGG!! Sakit oii.
Dia punya transparent pintu tuh memang buat aku xnampak yang pintu tu tutup. huk3. Menangis aku. (biasa la budak2) Dah la aku tertelan penutup pensel tiktik sebelum tu! (macam2 betul la)



Then yang ni pulak. woahh! memang feveret aku !


Pemadam ni doposen kot satu. Feveret aku duk mengumpul, beli banyak2 lepas tu lawan ngan kengkawan. Pemadam yang paling aku ingat yang aku beli, pemadam bendera switzerlend (todia eja pun taktaw dah.HAHA bantai saja) Lawan dengan kengkawan, kalau yang pemadam duduk bawah pemadam lain tu la yang kalah. Tapi aku selalu menang la. HAHA!



Then sudah, next sudah. Seterusnya la pulak !!




tadaaa ! Gasing ni, hobi aku masa petang2. Aku bukan apa, aku selalu ikut abang aku main benda ni. Selalu la lawan dengan dia. Dulu boleh la jugak berpusing gasing nih, sekarang? nak baling pun aku tak reti kott!! HAHA. kenangan2.
Ada terjumpak gambo aku pegang gasing dengan pakai short nya. Sebelah abang aku dengan adik aku. Tiga2 pegang gasing. hehehe
Muka gangster habissss...!!

tapi sekarang aku sopan la. hehehe (gelak sambil tutup mulut) weeeee~~


banyak lagi kan kenangan? happy pulak bercerita ! haha, ok byee! :)


zaman sekarang no gasing2 dahh! ayuu gitu. mwahahaha (ceh perasan)

 



.THANKS FOR READING. much love :)

25 February 2012

Usah kecewa :)



[KLIK UNTUK MEMBESAR]



.THANKS FOR READING. much love :)

24 February 2012

buang bapa tepi masjid.. Ya Allah..!


Sekarang ni mak buang anak, anak buang bapa/mak. Dah banyak sangat dah kan dengar. Tapi yang dalam paper baru2 ni memang sedih, menyedihkan, kesedihan!





Sedih aku tengok ni. Seburuk mana pun mereka, mereka tetap ibu bapa kita taw tak. Seorang ayah boleh jaga 7 anak tapi, takkan la dalam tujuh orang anak tu tak ada langsung yang boleh jaga ayah yang sorang ni :'(

walopon mak aku selalu berleter membebel je memanjang dekat aku, aku tetap sayang mereka. Mereka tetap ibu bapa ku :( Sayang la mereka macam mana mereka sayang kita, jaga kita masa kecik. And sebelum mereka tiada lagi kat dunia ni, berbaktilah kepada mereka. Jangan menyesal di kemudian hari.. Semoga Allah bukak pintu hati anak2 pakcik ni. Amin..


p/s : I love u abah+umi :') (pesanan untuk diriku jugak yang tak lari daripada melakukan salah silap, kecik mahupun besar) :(

.THANKS FOR READING. much love :)

23 February 2012

bapak borek anak rintik.. ye tak??


teringat pulak lawak dalam kumpulan Sepah raya 2011 punya video.
Shuib balas kat Jep : "ape la awak nie, dok 'borek borek'

HAHAHA. sape paham senyap sudah. Sepah punye lawak memang lucas sikit, mwaha~

just short story je sebab tangan memang menggatal jugak nak tulis. Ada satu malam ni, ayah aku suruh aku ironkan baju melayu dia pasal esok nak pakai kann.

ayah aku : Tolong gosok baju abah tu. Esok nak pakai.

aku : (biasa laa aku kan pemalas) alaaaaaaaaaaaaa.buat apa nak iron2 ni. Leceh la, dah la orang tak reti iron baju melayu. *hakikat*

Mulut je cakap potpetpotpet tapi kerja berjalan jugak. Aku cakap je xnak buat, tapi aku akan tolong jugak. Heheh. Aku masuk bilik ayah aku tengok kat tempat iron. Naaa, satu baju pulak extra suruh di iron *memang keje aku meng'iron' pun kan*
Baju mak aku rupanya.

Aku yang jenis pemalas ni iron la jugakk baju makbapak kesayangan aku tuh. Lama2 aku bosan iron, sebab sunyi kann. menghadap baju je, dah la susah nak iron. ayoo.

Sekali aku keluar bilik. Ayah aku tengah tengok kompiter. 

Aku : Abah, ni nak pakai tudung mana ni. Orang nak iron ni. (dengan muka serius gila)

*aku ingat ayah aku taknak layan aku* Sekali dia balas.

Ayah : Awak ambil la mana2 tudung. Kaler kelabu ke (sebab baju dia kale kelabu). Ataupun yang matching2 sikit.

Aku ?

kikikikiki (gelak guling guling dah) HAHA.
Kalau nak diikutkan, ayah aku lagi master merapu daripada aku. hik3

okbye!


Nak tengok video Sepah nie? Boleh tahan la. Layannnn ~~

Link ke utube (klik sendiri lah yerr) hehe 


.THANKS FOR READING. much love :)

22 February 2012

So TRUE :)


credit to : fesbukk
.THANKS FOR READING. much love :)

21 February 2012

Telur + mayonis

Heiyoo. Today nak tulis resepi masakan paling mudah+senang+easy+tiptop to follow. Ini habis takde lauk nak dimakan, boleh cuba ini yer. Kita mau mudah2 je, ringan2 sudah! HAHA. Everyone boleh goreng telur kan? easy mehh. Just nak tambahkan kesedapannya sahaja.


Jom langkah ke dapur


Just sediakan:


1. Telur (ikut suka nak berapa bijik)
2. Mayonis (2/3 sudu) *depends*
3. Bawang merah (2 biji) (dihiris halus2+ comel2)
4. Cili merah (dihiris)
5. Garam (1/2 sudu) *depends on quantity*


Cara buat?
1. Ambil mangkuk, pecahkan telur.
2. Then masukkan semua bahan2 di atas.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Panaskan minyak and selamat memasak !! 




Hasilnya ?


(rupa paras sama je macam telur biasa)

Looks simple kan? Cuma tambah mayonis je. Sedap taw. Selamat mencubaaaa :')


.THANKS FOR READING. much love :)

Jom Tambah Geng Blogger

Ayuh ! Join contest yang termudah ni.
Ada rezeki boleh menang hadiah terbaik punya :)


Feel free to klik Belog Nadia to join :)


.THANKS FOR READING. much love :)

20 February 2012

Tasha Manshahar - Masih Perlu

Very nice song from TASHA MANSHAHAR and nice video from sangrentan nie :) 






.THANKS FOR READING. much love :)

19 February 2012

KARMA you know ?


what goes around comes around :)

.THANKS FOR READING. much love :)

Customer. Hormat boleh tak?

Nowadays, aku rasa dah ramai orang kehilangan KE-respect-AN terhadap orang lain. Atau saja2 buat tak faham apa itu respect? atau tak sengaja nak sakitkan hati orang? (baca dalam satu napaihh)


Hari ni aku nak cerita sikit pasal respect nie dalam kalangan kamu, kamu dan kamu, dan juga aku. Please jangan ambil mudah pasal benda ni, penting tau bila nak masuk alam kerja nanti atau alam apa2 jugak lah asal nama duduk dekat donia ni. Mana taww?? *____*


Situasi 1 (dekat kedai makan somewhere *aku dah lupa*)


Masa tu, aku dengan kakak aku nak pergi order air. Punya la lama tunggu, sekali sampai turn kiteorang. Dah turn kteorang, orang amek order tu dia sapu ape entah kat lantai. Then akak aku cakap la, nak order. Muka penjual tu kemain lagi sombong nye. Dah la xtengok akak aku cakap, sekali jawab kasar pulak tu. Dia cakap order je la (sambil buat muka teghukkkk)
woo. akak aku memang dah panas dah time tu. Nasib aku penyelamat keadaan. HAHA


Situasi 2 (kedai aiskrim)


Sekali lagi aku dengan kakak aku. Akak aku tanya dia, dia jual aiskrim apa (stret akak aku tanya) pasal aku tengah duk khusyuk tengok2 aiskrim. Tahu apa penjual tu buat? Dia buat dekk je. Padahal masa tu tak de customer kott! At least, jawab la dah orang tanya (aku paling pantang aku tanya prang takjawab) Nasib aku ni penyabar. 


Sekali kakak aku jerkah : Ni aiskrim ape??! (bapak kuat giler suara)


Akak aku garang weii. aku yang tengah duk pilih eskrem sebelah dia tersentap kot. Bukan apa, aku terkejut. HAHA, Boleh pulak penjual tu jawab. Aku hengatt dia pekak ke ape. *OPPssss* Tapi betul apa, boleh dia buat taktawu. Nak layan customer layan la baik2. Nanti orang xdatang kodai kau baru taww!


Situasi 3 (dekat klinik)


Ni dengan ayah aku pulakk. Masa nak ambil details untuk jumpa dokter. Dekat counter tu, tanya orang macam nak marah. Amboit kak, aku yang sakit ni lagi sakit tengok kau layan customer macam tu taw. Sekali ayah aku cakap kat aku suruh uruskan lah dengan dia, abah malas nak cakap dah. Sombong xmasal.
(aku rasa dia dengar kot pasal masa nak ambil borang balik, dia dah xde) HAHA


*itu la. Bila kita dilayan macam tu, mesti kita terasa jugak kann. So, ada hak jugak nak buat macam tu !* (cehh mengajar pulak)



Pehe dok? :) Hormat orang dulu, then orang senanghati akan hormat anda


Respect pun ada life cycle jugak. Dah macam rupa Biology dah aku tengok!

HAHA. renung-renungkan dan selamat mengamalkannya! Assalamualaikum ~



.THANKS FOR READING. much love :)

17 February 2012

sayur masak sambal belacan

Hari ni ada mood nak memasak sikit. hehe
sayur masak sambal belacan. sedap woo ! ni siapa yang penggemar belacan boleh la cuba ya? pasti sedap sehingga menjilat jari (:


nota kaki : sayur yang boleh dimasak sambal belacan just sayur kangkung and bendi sahaja (mak aku la cakap,kalau ada yang lain bagitaw ok)


Jom masuk dapur 


Sediakan :


bawang putih 4 ulas (dihiris kicik2)
bawang besar 1/4 (dihiris kicik2)
belacan ciput (ikut suka la nak letak banyak mana)
cili (kalau suka pedas letak banyak2)
sayur bendi / kangkung
garam (secukup rasa)


Cara buat?
1. Ambil bawang putih,bawang besar yang dah dihiris,belacan and cili letak dalam lesung batu. Lepas tu, tumbuk hingga lumat (tapi jangan la hancur sangat ok)
2. Kalau nak letak ikan bilis pun boleh, tumbuk sekali seperti dekat no (1) td.
3. Then, panaskan minyak, bila dah betul2 panas, masukkan yang dah ditumbuk lumat td. Tumiskan.
4. Bila dah naik bau, letakkan garam (secukup rasa). Biasa letak satu sudu teh, and gula (jika perlu)
5. Last step, letakkan sayur tersebut and biarkan dia lembut. Janganla keras2 korang nak makan jugak ! ngee


Then, SIAP !!



Selamat mencoba !


.THANKS FOR READING. much love :)

CONTEST SIAPA BOLEH BACA ?

hari ni rasa senang hati nak join contest :) senang saja, kalau anda tak rabun, and baca with your mind , insyaAllah betul.

more detail, or nak join contest nie jugak go through this blog ok ? :)


so, my answer tulus dari hati tanpa melihat jawapan orang lain :


[klik untuk membesar]


kalau ada rezeki boleh dapat top up free. insyaAllah, amin. hehehe

.THANKS FOR READING. much love :)