29 February 2012

game : 50 truths


singgah belog cik Nia Lidia , rase nak main gak game ni. Heee :)

1. Real name: nama pendek je la ekk. Nor Hazwani :)
2. Nickname(s): wanie
3. Zodiac Sign: Virgo
4. Male or female: Female
5.Elementary School: SK Convent Kota,Taiping, SK Sultanah Asma,Kedah
6. High School: SMS Pokok Sena, Kedah [SAINA]
7. College: UiTM di hatiku :)
8. Hair color: xle nak truth sangat ! ngee
9. Tall or short: tak tall sangat, tak short sangat

10 . Relationship Status : Undefined
11. Sweats or Jeans: Jeans
12. Phone or Camera: Phone with high quality of camera
13. Health freak: i'm healthy ! hee Alhamdulillah
14. Orange or Apple: Apple
15. Do you have a crush on someone?: yeah XD
16. Eat or Drink: or ! hee. EAT :)
17. Piercings: Nope !
18. Pepsi or Coke: Pepsi for sure. err. mirinda boleh?? ngee

HAVE YOU EVER?
19. Been in an airplane: yes!
20. Been in a relationship: yes!
21. Been in a car accident: nope!
22. Been in prison?: coming soon? HAHAHA!

 FIRSTS?
23. First piercing: ni ape, aku xpaham. heheh
24. First best friend: Jie ha (ni masa kat taiping)
25. First award: Naib johan Basketball 
26. First crush: ZZzzzzz
27. First word: Hoh!

 LAST?
28. Last beverage : Teh o ais
29. Last person you talked to in person: My mom
30. Last person you texted: tadi eh? girlfriend, aiman :)
31. Last person you watched a movie with: Syida
32. Last food you ate: Roti sosej celup teloq
33. Last movie you watched: Adnan Sempit 2 
34. Last song you listened to: Thousand years, Christina Perri 
35. Last thing you bought: Shawl ! baru beli tadi. hee
36. Last person you hugged: i never hugged anybody. ngee

 FAVOURITES :
37. Food: Nasi goreng daging merah. waaa. sedapnyee!
38. Drink: watermelon juice 
39.Cartoon : jap nak pk.lama dah xtengok. hmm paling2 la, Spongebob.
40. Flower: rose kaler putih. soo sweet !
41. Animal : Hamster
42. Colors: Purple, Pink (err)
43. Movies: citer magic2. wooww
44. Subjects: Add maths,maths but i'm in biology. ergh

HAVE YOU EVER:
(Put an X in the brackets if yes)
45.[ X ]fell in love with someone.
46.[ ]celebrated Halloween.
47.[XXX  ]had your heart broken. (letak tiga kali sbb 3 kali kena. HAHAA)
48.[ X ]went over the minutes/texts on your cell phone.
49.[ X ] turned someone down
50.[ X ]Broke someone's heart




siap!! mengisi masa lapang. HAHA

nak tag :


.THANKS FOR READING. much love :)

26 February 2012

rindu betul ZAMAN sekolah rendah..!


Aku suka bercerita dekat adik aku time2 nak tidur, ala ala bed time story la kan. Kadang2 sampai ke pukul 3 pagi aku duk bercerita. Tu pasal la pagi2 selalu bangun lewat ! Tak cukup tido la katakan. HAHA (teruk betul)

Ingat lagi masa aku darjah 1, dekat Taiping la tak silap aku. Asal habis sekolah je bunyi loceng terus berlari keluar. Masa tu ayah aku mesti dah tunggu kat luar sekolah dengan baju pejabat dia. hehehe. kalau ayah aku tak tunggu, mesti aku mengamuk+menangis! tu pasal dia tunggu jugak nak ambik aku. sayang abah..! Perkara paling takleh lupa masa tu, aku lari2 (bajet comel la) masuk satu kereta ni. Ingatkan ayah aku. Sekali tengok.........

errr!! tesalah masuk kereta! sob sobss. Nasib baik kecik lagi time tu. TAK TAHU ERTI MALU. HAHA. aku hehehe terus keluar kereta.


Next, benda nih.



Sliding door ni paling aku benci dulu. Masa aku pergi mengaji kat rumah ustazah aku dulu, punya excited nak balik. Waktu malam kann. Memang aku dah habis dah baca quran waktu tu. Boleh la balik. Tunggu ayah aku datang ambik. Nampak kereta kat luar rumah ustazah ja, terus aku berlari keluar lepas salam. (aku ni memang suka berlari eh) Aku nampak la environment kat luar, walaupun gelap kann. Bajet memang pintu dah bukak laa. Sekali lari....PANGGGG!! Sakit oii.
Dia punya transparent pintu tuh memang buat aku xnampak yang pintu tu tutup. huk3. Menangis aku. (biasa la budak2) Dah la aku tertelan penutup pensel tiktik sebelum tu! (macam2 betul la)



Then yang ni pulak. woahh! memang feveret aku !


Pemadam ni doposen kot satu. Feveret aku duk mengumpul, beli banyak2 lepas tu lawan ngan kengkawan. Pemadam yang paling aku ingat yang aku beli, pemadam bendera switzerlend (todia eja pun taktaw dah.HAHA bantai saja) Lawan dengan kengkawan, kalau yang pemadam duduk bawah pemadam lain tu la yang kalah. Tapi aku selalu menang la. HAHA!



Then sudah, next sudah. Seterusnya la pulak !!




tadaaa ! Gasing ni, hobi aku masa petang2. Aku bukan apa, aku selalu ikut abang aku main benda ni. Selalu la lawan dengan dia. Dulu boleh la jugak berpusing gasing nih, sekarang? nak baling pun aku tak reti kott!! HAHA. kenangan2.
Ada terjumpak gambo aku pegang gasing dengan pakai short nya. Sebelah abang aku dengan adik aku. Tiga2 pegang gasing. hehehe
Muka gangster habissss...!!

tapi sekarang aku sopan la. hehehe (gelak sambil tutup mulut) weeeee~~


banyak lagi kan kenangan? happy pulak bercerita ! haha, ok byee! :)


zaman sekarang no gasing2 dahh! ayuu gitu. mwahahaha (ceh perasan)

 



.THANKS FOR READING. much love :)

25 February 2012

Usah kecewa :)



[KLIK UNTUK MEMBESAR]



.THANKS FOR READING. much love :)

24 February 2012

buang bapa tepi masjid.. Ya Allah..!


Sekarang ni mak buang anak, anak buang bapa/mak. Dah banyak sangat dah kan dengar. Tapi yang dalam paper baru2 ni memang sedih, menyedihkan, kesedihan!





Sedih aku tengok ni. Seburuk mana pun mereka, mereka tetap ibu bapa kita taw tak. Seorang ayah boleh jaga 7 anak tapi, takkan la dalam tujuh orang anak tu tak ada langsung yang boleh jaga ayah yang sorang ni :'(

walopon mak aku selalu berleter membebel je memanjang dekat aku, aku tetap sayang mereka. Mereka tetap ibu bapa ku :( Sayang la mereka macam mana mereka sayang kita, jaga kita masa kecik. And sebelum mereka tiada lagi kat dunia ni, berbaktilah kepada mereka. Jangan menyesal di kemudian hari.. Semoga Allah bukak pintu hati anak2 pakcik ni. Amin..


p/s : I love u abah+umi :') (pesanan untuk diriku jugak yang tak lari daripada melakukan salah silap, kecik mahupun besar) :(

.THANKS FOR READING. much love :)

23 February 2012

bapak borek anak rintik.. ye tak??


teringat pulak lawak dalam kumpulan Sepah raya 2011 punya video.
Shuib balas kat Jep : "ape la awak nie, dok 'borek borek'

HAHAHA. sape paham senyap sudah. Sepah punye lawak memang lucas sikit, mwaha~

just short story je sebab tangan memang menggatal jugak nak tulis. Ada satu malam ni, ayah aku suruh aku ironkan baju melayu dia pasal esok nak pakai kann.

ayah aku : Tolong gosok baju abah tu. Esok nak pakai.

aku : (biasa laa aku kan pemalas) alaaaaaaaaaaaaa.buat apa nak iron2 ni. Leceh la, dah la orang tak reti iron baju melayu. *hakikat*

Mulut je cakap potpetpotpet tapi kerja berjalan jugak. Aku cakap je xnak buat, tapi aku akan tolong jugak. Heheh. Aku masuk bilik ayah aku tengok kat tempat iron. Naaa, satu baju pulak extra suruh di iron *memang keje aku meng'iron' pun kan*
Baju mak aku rupanya.

Aku yang jenis pemalas ni iron la jugakk baju makbapak kesayangan aku tuh. Lama2 aku bosan iron, sebab sunyi kann. menghadap baju je, dah la susah nak iron. ayoo.

Sekali aku keluar bilik. Ayah aku tengah tengok kompiter. 

Aku : Abah, ni nak pakai tudung mana ni. Orang nak iron ni. (dengan muka serius gila)

*aku ingat ayah aku taknak layan aku* Sekali dia balas.

Ayah : Awak ambil la mana2 tudung. Kaler kelabu ke (sebab baju dia kale kelabu). Ataupun yang matching2 sikit.

Aku ?

kikikikiki (gelak guling guling dah) HAHA.
Kalau nak diikutkan, ayah aku lagi master merapu daripada aku. hik3

okbye!


Nak tengok video Sepah nie? Boleh tahan la. Layannnn ~~

Link ke utube (klik sendiri lah yerr) hehe 


.THANKS FOR READING. much love :)

22 February 2012

So TRUE :)


credit to : fesbukk
.THANKS FOR READING. much love :)

21 February 2012

Telur + mayonis

Heiyoo. Today nak tulis resepi masakan paling mudah+senang+easy+tiptop to follow. Ini habis takde lauk nak dimakan, boleh cuba ini yer. Kita mau mudah2 je, ringan2 sudah! HAHA. Everyone boleh goreng telur kan? easy mehh. Just nak tambahkan kesedapannya sahaja.


Jom langkah ke dapur


Just sediakan:


1. Telur (ikut suka nak berapa bijik)
2. Mayonis (2/3 sudu) *depends*
3. Bawang merah (2 biji) (dihiris halus2+ comel2)
4. Cili merah (dihiris)
5. Garam (1/2 sudu) *depends on quantity*


Cara buat?
1. Ambil mangkuk, pecahkan telur.
2. Then masukkan semua bahan2 di atas.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Panaskan minyak and selamat memasak !! 




Hasilnya ?


(rupa paras sama je macam telur biasa)

Looks simple kan? Cuma tambah mayonis je. Sedap taw. Selamat mencubaaaa :')


.THANKS FOR READING. much love :)

Jom Tambah Geng Blogger

Ayuh ! Join contest yang termudah ni.
Ada rezeki boleh menang hadiah terbaik punya :)


Feel free to klik Belog Nadia to join :)


.THANKS FOR READING. much love :)

20 February 2012

Tasha Manshahar - Masih Perlu

Very nice song from TASHA MANSHAHAR and nice video from sangrentan nie :) 






.THANKS FOR READING. much love :)

19 February 2012

KARMA you know ?


what goes around comes around :)

.THANKS FOR READING. much love :)

Customer. Hormat boleh tak?

Nowadays, aku rasa dah ramai orang kehilangan KE-respect-AN terhadap orang lain. Atau saja2 buat tak faham apa itu respect? atau tak sengaja nak sakitkan hati orang? (baca dalam satu napaihh)


Hari ni aku nak cerita sikit pasal respect nie dalam kalangan kamu, kamu dan kamu, dan juga aku. Please jangan ambil mudah pasal benda ni, penting tau bila nak masuk alam kerja nanti atau alam apa2 jugak lah asal nama duduk dekat donia ni. Mana taww?? *____*


Situasi 1 (dekat kedai makan somewhere *aku dah lupa*)


Masa tu, aku dengan kakak aku nak pergi order air. Punya la lama tunggu, sekali sampai turn kiteorang. Dah turn kteorang, orang amek order tu dia sapu ape entah kat lantai. Then akak aku cakap la, nak order. Muka penjual tu kemain lagi sombong nye. Dah la xtengok akak aku cakap, sekali jawab kasar pulak tu. Dia cakap order je la (sambil buat muka teghukkkk)
woo. akak aku memang dah panas dah time tu. Nasib aku penyelamat keadaan. HAHA


Situasi 2 (kedai aiskrim)


Sekali lagi aku dengan kakak aku. Akak aku tanya dia, dia jual aiskrim apa (stret akak aku tanya) pasal aku tengah duk khusyuk tengok2 aiskrim. Tahu apa penjual tu buat? Dia buat dekk je. Padahal masa tu tak de customer kott! At least, jawab la dah orang tanya (aku paling pantang aku tanya prang takjawab) Nasib aku ni penyabar. 


Sekali kakak aku jerkah : Ni aiskrim ape??! (bapak kuat giler suara)


Akak aku garang weii. aku yang tengah duk pilih eskrem sebelah dia tersentap kot. Bukan apa, aku terkejut. HAHA, Boleh pulak penjual tu jawab. Aku hengatt dia pekak ke ape. *OPPssss* Tapi betul apa, boleh dia buat taktawu. Nak layan customer layan la baik2. Nanti orang xdatang kodai kau baru taww!


Situasi 3 (dekat klinik)


Ni dengan ayah aku pulakk. Masa nak ambil details untuk jumpa dokter. Dekat counter tu, tanya orang macam nak marah. Amboit kak, aku yang sakit ni lagi sakit tengok kau layan customer macam tu taw. Sekali ayah aku cakap kat aku suruh uruskan lah dengan dia, abah malas nak cakap dah. Sombong xmasal.
(aku rasa dia dengar kot pasal masa nak ambil borang balik, dia dah xde) HAHA


*itu la. Bila kita dilayan macam tu, mesti kita terasa jugak kann. So, ada hak jugak nak buat macam tu !* (cehh mengajar pulak)



Pehe dok? :) Hormat orang dulu, then orang senanghati akan hormat anda


Respect pun ada life cycle jugak. Dah macam rupa Biology dah aku tengok!

HAHA. renung-renungkan dan selamat mengamalkannya! Assalamualaikum ~



.THANKS FOR READING. much love :)

17 February 2012

sayur masak sambal belacan

Hari ni ada mood nak memasak sikit. hehe
sayur masak sambal belacan. sedap woo ! ni siapa yang penggemar belacan boleh la cuba ya? pasti sedap sehingga menjilat jari (:


nota kaki : sayur yang boleh dimasak sambal belacan just sayur kangkung and bendi sahaja (mak aku la cakap,kalau ada yang lain bagitaw ok)


Jom masuk dapur 


Sediakan :


bawang putih 4 ulas (dihiris kicik2)
bawang besar 1/4 (dihiris kicik2)
belacan ciput (ikut suka la nak letak banyak mana)
cili (kalau suka pedas letak banyak2)
sayur bendi / kangkung
garam (secukup rasa)


Cara buat?
1. Ambil bawang putih,bawang besar yang dah dihiris,belacan and cili letak dalam lesung batu. Lepas tu, tumbuk hingga lumat (tapi jangan la hancur sangat ok)
2. Kalau nak letak ikan bilis pun boleh, tumbuk sekali seperti dekat no (1) td.
3. Then, panaskan minyak, bila dah betul2 panas, masukkan yang dah ditumbuk lumat td. Tumiskan.
4. Bila dah naik bau, letakkan garam (secukup rasa). Biasa letak satu sudu teh, and gula (jika perlu)
5. Last step, letakkan sayur tersebut and biarkan dia lembut. Janganla keras2 korang nak makan jugak ! ngee


Then, SIAP !!



Selamat mencoba !


.THANKS FOR READING. much love :)

CONTEST SIAPA BOLEH BACA ?

hari ni rasa senang hati nak join contest :) senang saja, kalau anda tak rabun, and baca with your mind , insyaAllah betul.

more detail, or nak join contest nie jugak go through this blog ok ? :)


so, my answer tulus dari hati tanpa melihat jawapan orang lain :


[klik untuk membesar]


kalau ada rezeki boleh dapat top up free. insyaAllah, amin. hehehe

.THANKS FOR READING. much love :)

CINTAN vs SUKAN?!! EHH! CINTA vs SUKA :)

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. 
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. 

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. 

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. 


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. 
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. 

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. 
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. 

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. 
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. 

Perasaan cinta bermula dari kata. 
Perasaan suka bermula dari telinga. 

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. 

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.






credit to : MFACE 


*JOM LAYAN MFACE. HAHA. promote2 :D
.THANKS FOR READING. much love :)

15 February 2012

jantung stop selama 10 minit

Ini kisah benar and benar benar benar terjadi. Pagi Isnin hari tu (cerita dah lapuk maaf) aku dikejutkan dengan calling from my mom. aku pun dengan mamai2 angkat la fon. mak aku masa tu dah pergi sekolah, sebab dia cikgu kan. Rupanya mak aku tertinggal ubat darah tinggi dia kat rumah.  so dia tengah fenin2 dia kena makan la jugak ubat tu. Then dia suruh abang aku pergi hantar kejap kat sekolah pasal dekat je pun sekolah tu. Nak harapkan aku drive memang takla. masih penakut !! errr :S


umi : kejut laa acik tu,umi nak cakap dengan dia.


aku : alaa. susah la kejut dia. xnak laa. umi call la dia baru dia bangun. (tengah dok terhuyung hayang agi tuh pasal baru bangun tido)


*aku pun kejut la diaa. aku bukan apa, abang aku tu spesis tido mati! susah gila nak kejut dia. bom meletup pun aku rasa dia tak bangun. ish3.


aku : alaa umi. susah laa dia takbangun nieee. eeee ! (dah wat muka bengang)


kakak aku pun ada masa tu baru nak pergi kerja. dia pun duk seru2 jugak nama abang aku tuh. tak bangun2 jugak..haihh..susahhh !!


then aku tergerak hati, nak tengok jantung dia. kan bila tidur kan kita bernafas kira gerak2 la jugak. 
Sekali aku tengok...
dia tak bernafas langsung !! aku dalam hati..Ya allah!!


aku : (dah menjerit2) umi..umi !! acik..


umi : kenapa dengan acik? tak bernafas??!! (mak aku dah cuak. dia dah la ada darah tinggi)


woahh. keadaan semakin harubiru (cewah ayat)


kakak aku duk tengah siap2, dia cakap biar betul tak bernafas. tak kan lah !!
(selalu dia takdela sampai tak bernafas, cuma susah bangun je)


Sekali kakak aku tengok.


kakak aku : acik. eh betul laa. xbernafas! (sambil pegang dada abang aku) ehh sejuk niee. (terus memanggil acik..acik)


aku ? dah gelabah. Ya Allah. takkan abg aku dah xde nie!! wuu (dah nak nanges aku)


adek aku? 'akak...!!!' (dia lari nak masuk bilik)


sekali ayah aku naik. seru nama abang aku. acik, bangun! bangun!! (kuat gila suara)
*ayah aku tak tahu apa yg terjadi sebenarnya. dia naik2 terus kejut sebab duk dengar kiteorang bising2 kott kejutkan abang aku tuh*


lama tu, baru dia kembali bernafas. perghh! aku lega gila. mak aku pun menarik nafas lega. haihh..saspen!! terus aku bagi fon kat abang aku pasai mak aku nak cakap ngn dia.


tapi seriously la, dia memang xbernafas langsung masa tu. aku taktawu 10minit ka atau dah lama dahh. sebab aku takperasan! yang adik aku pulak boleh duk cakap. akak, patut la selama ni abah kejut dia kuat2. HAHA tapi hari tu memang. wooo. aku ingat dah kehilangan abang aku dah. nak menangis dah aku. sobs3








*lepas pada tu aku cerita balik kat dia*


aku : acik awk tawu tak tadi awak mati sekejap. betul ! awak bla bla (bercerita dengan bersungguhnya)


dia? gelak sajaa. HAHAHA


bila ingat balik, lawak pun ada. pasal semua orang kalut2. kakak aku pulak time tu baru nampak prihatin. wawawa. dalam hati aku, woahh prihatin jugak kakak aku. walawehh!! HAHA


adek aku?


adek : akak, kau tawu kenapa aku nak lari masuk bilik?


aku : apesal kau?


adek : aku bukan apa. aku takut. kalau tu bukan acik yang tido kat situ..eee!! seram33!!


aku : ngek kauu!




p/s : sayang semua family aku (cewahh! tacink pulaaa) hehe semoga dipanjangkan umur semuanya..amin.
.THANKS FOR READING. much love :)

14 February 2012

gigih kan my mom?


ini la nota kaki mak aku sebelum dia pergi kerja. Actually dia pesan aku ngan abang aku pergi beli setem and postkan kad kahwin kakak aku tu haa.
siap pesan lagi kauuu. jangan makan mcD. makan nasi ayam atau nasi lain.

amboi makk ! warning tuhh.
dalam hati aku, mcD je tak boleh kira KFC apa semua boleh la ek?? hehe

then ada calculation pulakkk..sebab dia tawu anak2 dia, kalau ada duit lebih, kompem masuk dalam poket sendiri2 (sambil nyanyi2 lalalalalalala )

so bakinya? pulangkan kepada bapaknya. HAHA adoiiiii !!





p/s : ape pasal asal aku pergi edar kad kawen kakak aku kat kawan2 ayah aku (ayah aku ikut sekali la) mesti diorang tanya. 

YANG NI KE NAK KAHWIN TU??

masuk ni dah dua kali nehh. cukup TIGA kali tanya memang aku KAWEN PA????? HAHAHAHAHA Lol

.THANKS FOR READING. much love :)

pesan orang tua tua dolu...

Mak saya cakap, kalau orang tua2 cakap, jangan bantah, ikut saja. Perkara yang dilarang oleh mereka mesti bersebab.


orang tua2 selalu pesan,jangan buat itu, jangan buat ini, nanti bla bla bla bla. tahu sebab apa?


Jom tengok apa yang mereka pesan dulu2, stakat nie, yang ni je la yg mampu buat.kalau ada yang lain sila tambah2 ok.



kenapa xboleh duduk atas bantal? sebab nanti BISUL lah kononnya. tapi aku ada sebab tersendiri. depa takbagi duduk,pasai nanti bantal tu penyek. lagipun bantal untuk tidur, kalau nak duduk pi cari kerusi ok. ikut logik, memang xlogik la. asal duduk atas bantal ja, tumbuh bisul. nak kata bantal boleh buat darah menjadi kotor, TIDAK jugak. Tiba2 ada bisul bila duduk atas bantal.
*bisul terjadi bila darah kita kotor* (yeyek je aku,kalau xsilap la)


anak dara wei,'jangan nyanyi kat dapur, nanti KAWEN NGAN ORANG TUA' katanya lah. Atuk,nenek, kalau orang tua tuh kaya,cukup semua,saya pun nakk! HAHA (gila pisaucukoq)
meh pikir mehh. kau nyanyi kat dapur, esok lusa tengok2 kau kawen ngn orang tua. kalau betul,tak apa la. kalau kawen dengan orang muda? hehe. apa pun jodoh di tangan tuhan kann. 
Sebab depa xbagi nyanyi dekat dapur, nanti akan menganggu konsentrasi orang yang tgh masak kat dapur tu. daripada lauk sedap dah secukup rasa, tiba2 terlebih garam. MANA TAWU? (:

 Haa..yang nie aku xsure. Rasanya penah dengar. sejauh mana kebenaran, taktawu laa. depa cakap tak elok kepit kuku masa malam2. nanti BENDA BURUK JADI. betol kaa? ke aku salah main cakap je? hehe. tapi aku selalu dengar laa. mak aku mesti xbagi aku kepit kuku malam2 tapi aku bantai jaa. bukan sebab apa, sebenarnya, yang kata tak elok tu, takut terkepit isi kuku je. kann berdarah nantii? malam kan gelapp. mata punn bukan nmpk sangat. sebab tu la kott..err!! kottt!! hehe
 yang ni aku rasa pesan aku sendiri kort. atau kengkawan aku yang cakap. bukan orang tua2. haha. masa anda belajar, jangan asyik duk tukar tempat. nanti ILMU TAK MASUK. Maybe ada betul jugak kot. pasai selama nie aku belajar selalu jugak tukar2 tempat. maklumlah time study je mulut berjalan,kaki pun berjalan la. patut laa aku susah ingat! Huu
Orang tua2 cakap, jangan jahit baju/seluar atau what so ever la masa korang tengah pakai benda tu. katanya, TAK ELOK/TAK MOLEK/TAK BAIK. Tak elok tu bukan sebab apa, takut tercucuk jarum dekat kita je. kan sakittt tuu. takda penyakit,pergi cari penyakit. hmm lebih kurang macam tu laa. lagipun tak sopan laa nak menjahit,buat cara menjahit. hee :) *padahal aku penah buat jugakkk.ahhh,bantai*






*ni part yang last orang tua2 pesan,part yang paling aku xsuka sangat*



TADAAAAAA..!!


 JANGAN

nanti sakit kepala..! HAHA okbye!

*orang tua2 dulu tahu ke online tu apa?errr!!*


p/s: buruk gila lukisan akuhh. waaaaa~~




.THANKS FOR READING. much love :)

12 February 2012

wanita ibarat EPAL (:

[klik gambar untuk membesar]

Anda yang menentukan diri anda sendiri. Sama ada ingin sentiasa indah berada di pohon yang teratas, atau di pohon yang terbawah. Yang indah itu hanya akan dipetik oleh seseorang yang juga boleh diibaratkan sebagai seorang yang bergelar suami, manakala epal yang sudah berada di tanah,akan menjadi busuk dek kerana sentiasa dipegang2,dijamah dengan mudahnya sehingga tiada lagi yang akan menghiraukannya jika ia sudah busuk. Malah,dipijak2 oleh orang yang lalu lalang disitu..


Renung2 renungkan dan selamat beramal  (peringatan untuk diriku juga dan wanita lain yang berada di luar sana)
heeee..senyum2 jangan monyok2 okey ! assalamualaikum (:
.THANKS FOR READING. much love :)

11 February 2012

weird house vs dream house

rumah kepelikan :


jomm nengokkk !



rumah bergerak kottt ??!


gila simple rumah nie. macam kepanasan je lam umah nie? HAHA


yang nie cantik jugak la. ala2 kapal gitu


ada jugak rumah macam nie 


rumah kasut? nicee


cap teko


hello kity house (maybe fanatik ngn hello kitty kot)


ruang tamu


sofa


bedroom. wahh!


Dream house ! bestnye lau dapat umah macam niee. hee







 dalam umah tu..exclusive kot. i loikee



picture credit to : encik pencari tepat


.THANKS FOR READING. much love :)