04 December 2010

when the moon respond to me

*baca my blog sambil layan lagu talking to the moon :)

pagi2 aku dah bangun awal2,pasai apa. nak ikut ayah aku pi makan+m
inum kopi kat kedai mamak. aku ngan adek aku la penyeri pagi bila masa mak aku takdak neh. ayah aku memang gila gila lah. HAHA yang paling lawak dia pakai baju terbalik masa gi amek duet kat bank pagi tadi. aku jugak la yang prasan,nasib baik xdak manusia lain kan. aku heran la apa pasal dia punya jenama yg kat kolar tu duk kat luar. ingatkan fesyen baru la. skali tgk terbalik upenye. aku dah gelak guling2, adek aku cakap xbek ah gelak. lagi la aku gelak kikikiki. lawak ah.

then afte balik dari makan minum,aku siap2 nak keluar ngan ade aku si aspalela. aku dah janji dah ngan membe aku sorang nie. dak IFLA dulu, yang kursus bahasa inggeris tuh. dia stady kat PD. s
o,weeknd dia cuti and datang KL la. so alang2 aku date la ngan dia. aku janji ngan dia nak jumpa kat klcc terus ja.
so,aku ngan lela je la dalam tren.
tadi masa dalam tren,aku dengan lela dapat tempat duduk. sepanjang dok da
lam tu, gelak ja keja aku. ada saja benda lawak kat depan mata. then aku ada nampak sorang PAKCIK tua neh. berdiri. xdapat tempat duduk. kesian lak kat dia. aku bukan leh kalau nampak orang2 yang kurang upaya nie. aku jadi sedih dan kesian. taktaw kenapa :(
aku pun cakap kat lela.
(baek la konon)

aku : weh,ko tuh muda lagi bagi laa pakcik tu duduk. aku dah tua.
lela : ah ko la yang pegi. (biasa la dia memang malas bab2 ni pn!huh)
aku : ko la bagi,kesian kat pakcik tu.berdiri lama dah. sedih aku tengok.

aku pun gi lah bagi. aku panggil dia suh duduk pasal tyme tu nak dekat smpai klc
c da. pakcik tu senyum kat aku,. tetiba dia cakap. pakcik nak wat anak ni jadi menantu pakcik. boleh? aku dah gelabah. eh pak cik ni salah cakap ka kat aku. dia cakap anak dia kerja doctor skarang. muda lagi. tengah cari calon isteri. dia tak kisah siapa pn. nanti pakcik hntar rombongan meminang bagi pihak anak pak cik. aku tyme tu macam xpercaya la kan. macam dalam cerita pulak kan? aku jadi heroin. ewahhh ! kalau korang ape korang buat? aku dah terdiam. ishh,betul ke pakcik ni kan. aku mula la pk macam2. nak je cakap, err pakcik tnya parents saya dulu la. saya orait je. wooooo! gelojoh oh aku. HAHA . ha sempat pulak dia tunjuk gambar anak dia. rupanya orang kaya kot. tengok ja macam biasa. tapi perghh. caya lahh. dalam hati aku berbunga2 dah. excited. woww betul ka ada orang nak masuk minang aku neh. tapi sayang. tyme aku nak bagi jawapan and dia nak amek no telefon aku (senang nak contact la kan), dah sampai klcc. lela cepat2 tarik aku, keluar dari tren. sebab takut pintu tuh tutup. sedihnya aku, harapan aku musnah. aku dah malas dah nak cari calon, dah ada orang offer. tapi apakan daya, mungkin bukan untuk aku :( today was a fairytale :'(

*ok start dari 'aku...bla..bla..bla..' sume tu aku reka cerita ja. berangan
ala2 heroin dalam cerita filem indon sat. HAHA ! hakikatnya,sampai ke klcc aku ngan lela duduk atas kusi. xjahat kan. at least niat nak membantu tu ada. walaupun xmembantu. bukan apa,satgi kalau aku bangun nak bagi tempat duduk, tengok2 pakcik tuh dah nak turun. tak ka aku cakap ngan TIANG nanti? tapi tengok2
kami yang turun dulu. ish3. xpa,laen kali cuba lagi :)


tadi kami pi tengok cita neh :



mula2 rasa nak tgk rapunzel, tapi syida nak tgk cita neh. so aku ikut je la dia. dia kata kwn2 dia cakap best ceta neh. ok aku layannnnn ! pilih yang kul 12.20 punya habis lam kul 2.00 la. xlama cita neh. duk seat yang tengah2 sikit (nak cerita jugak). tengok2 sebelah tuh 3 owang jejaka. haa elok la kami pun 3 orang. ha pilih2 mana satu. (macam beli ikan lak) HAHA. susah ngat nak masuk seat kam
i tu pasai jejaka2 tuh duk tepi. padan muka aku terpijak kaki dia. puas hati aku. HAHAHA :) nasib x jatuh atas depa. bongokk. haihhhh. cita neh seram KOMEDI. fest tyme aku gelak guling2. xdak la guling (hiperbola ja), mana ada tempat nak guling. gelak VIBRATE atas kusi sorang2 sudah. lawak ah ceta neh. benci aku ! HAHA . tapi ada part yang sedih gak masa si apa tah nama dia neh. adik zizie neh. ala, adnan sempit lah senang aku ceta,aku kenai. dia pi tampaq anak dia yang nama wahida. tak pernah sakitkan anak dia pn,tapi dia pi tampaq sebab pakai selendang merah dia yang PUAKA tu, puaka la sangat. untuk tahu nombor ekor je pon. diowang neh suka main nombor ekor. yang si adnan sempit neh suka pakai selendang tu (pemberian bomoh klate) kat leher dia. bila si baju hijau (yg kat dalam gmbar atas) *xtaw nama tu tanya. mesti adnan cakap fesyen baru. alaa susah sangat nak ceta, u all gi beli tiket tengok sendiri lah. cerita neh baek punya. klakar. xrugi rm13 anda. mari2.. (syiok promote lak) betoi aku xtipu. sila2 ke panggung berdekatan :) xmau pn xpa la. aku xpaksa :(


and last,nak story :)
(xmau tawu,sudah.xkesah pn)




(sekadar hiasan belog)

tadi gi kino beli novel :) YEAYY ! akhirnya dapat jugak beli novel remaja ! HEHE . dah lama xmembaca + jiwang. tapi kali ni lain sikit. aku beli novel islamik. wahhhh, caya x aku macam nie? HAHA . tajuk dia bukan yang macam pic atas nie. aku lupa tajuk dia. tapi nampak macam best :)

peeps,g2g. nak gi makan lepas tu nak baca novel baru beli ni pastu nak tido. HAHA :) ok bye. eh lupa. assalamualaikum :D

oh lupa nak uplod pic kteowang tadi. just some ok :) loading . . . . . . .




im not beautiful,ok THANKS :)



she's cute and i am not,ok THANKS :)

snap by me,ok THANKS :)



im not a supermodel,i don't even know how to pose,ok THANKS :)


last pitcha uplod,ok THANKS :)
btw,she s very nice person. single lagi kowt !


p/s: tadi terjumpa sir khairul wif awex kowt :) ingat x bagi siapa yang asasians sem 1. nasib dia kenal saya,and tegur2 lah jugak. renduu nak blaja maths ngan dia ! :D


.THANKS FOR READING. much love :)

tenung tenung

hari ni aku nak cakap ngan bulan lagi :) cakap ngn bulan lagi syiokk pasai dia xpaham apa2.duk diam2 kat situ je kan. (xdak kena mengena ngn tajuk pon,toksah dok baca ok)

just aku terbaca paper yang entah bila tarikh nya. biasalah aku,lambat loading sikit. (sikit ka,rasanya agak banyak) haaa,nak habaq mai bagitaw,tajuk nya 'juruteknik ugut bunuh,sebar gambar bo**l'
ok just nak bagi pendapat aku lah kan. (sejak bila aku suka bagi pendapat nie,buang tebiat kowt).alkisahnye si awex tuh nak mintak putus pasal ada laki laen lah kot kan,aku taktaw la betol ke x cita neh. then si jantan tu pn ugut la,nak bunuh and sebar2 benda alah tuu haa. dah kena saman si jantan tu. xdela,bagi aku,kompem si awex tuh bg gmbar tu kan,yg ko gi bagi ape pasal.x ke cari pasaii? majority la pe yg aku tgk sekarang ni. x skarang pn,dulu2 pn sama lah. biasa la dunia sekarang ni kan,tah apa nak jadi kan? manusia pn s
emakin *&%$#. aku pn ngaku,aku xde la baik SANGAT kan,dosa tu kengkadang TER buat jugak,x sengaja la katakan. and biasa jugak lah,bila dah nama pun kapel,kompem. kejap2..sayangg,nak gamba.mula2 boleh la si awex kasi gamba baek2,tuding apa suma elok ja pakai haaa,comey lagi tu.(aku xkata aku baik naa,JAHAT sikit ja) HAHA. n lepas tu mula lah, setan pa suma keja depa kan menghasut kita (aku jugak termasuk rasanya). si jantan pn mintak la lebey2. biasa la laki laki kan,(majority) susah nak cari yang tol2 baek punya. yang baek punya pn mesti ada selit jugak kejahatan tuh. xdak la jahat,i mean nakal la kan. biasa la diowang.(hgpa jangan dok wat xfaham k,aku malas nk explain)
yang lebey sket pada gmbar elok td tu,maksud aku gmba yang posing lagi 'BAEK' punya la. ayat cam biasa,bby kasi la gambar seksi2 sket,leh b tgk hari2.hehehe (ni bukan aku yang kata k,tu haa jiran sebelah aku punya anak). then si awex pn,pkiaq punya pikiaq last2 bagi jugak lahh kan.(sekali lagi
,bukan aku,ok). sekali bagi,mesti nak bagi lagi banyak kan? rasa macam lawa pulak aeh gmba tuh. then si awex hantar la lagi.

awex : sayang2,nak tgk gmba baru bby x,nanti bby kasi ok
jantan : (kompem nak) okey bby.i love u,muah!

*dialog ni aku reka ja eh,xdak kena mengena ngan aku.

lagi sekali si jantan dapat gamba. dalam hati syiok la kann,.yg si awex lak,puas.kononnya dapat membuktikan CHENTA lah kan. last2 akhir dia kat bilik tido. (aku tiru ayat dalam majalah pa xtaw). then dapat anak,buang. apekah? ni kalau dok sangap sangat pi benikah la,senang ceta. xmau nikah lagi,dok senyap2 kawal hormon tu. buang anak lagi tambah dosa. yang kes td tu dah kena ugut2.
gmbaq apa suma,simpan utk suami sudah la syg uiii.(pendapat aku ja ok,maaf kalau tersinggung mana2 pihak) *ce,bajet gila ayat aku! HAHA




so,to all girls. pikir dulu kalau nak buat apa apa pn. nanti menyesal xdak gunanya. aku pun harap la,aku leh cntrol diri aku. mintak dijauhkan dari semua nie. amin .
jangan malukan makbapak and jaga maruah diri ok. (sejak bila aku jadi pakar motivasi neh)
and kalau dah terpesong teruk sangat, back to the basic . ISLAM . muhasabah diri tuh .

*yang baik datang dari Allah dan yang buruk tu dari aku sendiri. renung renungkan lahhh. aku pn dalam proses nak memperbaiki diri yang xseberapa ini :(
ok nyte peeps,

assalamualaikum.


.THANKS FOR READING. much love :)

03 December 2010

sad story

*story yang wat aku tacing..sobs...sobsss.. :'(

Aku dah kawin skarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia x seperti yang aku expect masa kami belom kawin dulu. Masa belom kawin, aku tengok dia memang sorang yang pendiam je, jarang gile cakap ngan laki. Member2 mmg puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu.. segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so xde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 ngan laki..
Cantik? Memang la, kalu x aku comfirm x sangkut punyer. Haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pon ade yang cube usha. Sori le dia nak layan. Haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler. hehe..
Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa lak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betol dirahsiakan. Hoho..
Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dluu. gentlemen beb! Slow talk ngan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki.. Bapak dia ni jenis sound direct rupenyer.. Pergh, mmg kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal x anak dia? Gua cakap x sgt. Bapak dia tanya lagi, nape nak kawin ngan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab ape? Gua cakap x tau.. Habis kalu x dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, “ko ni, cane ko nak kawin ngan org yang ko x kenal? Gua jawab, lepas kawin la saya kenal dia pakcik.. pastu sengih2.. pastu bapak dia diam.
Masa tu rasa down gile. Bapak dia cam tolak mentah-mentah je proposal aku.. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku?? Huhu.. Time tu aku dh terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suke. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah ngan minah ni. Haha.. Tapi last2 orang lain gak yang gua pinang.
Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Kputusannya.. jeng3.. x spt yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Warghh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bgtau Ika aku nak kawin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia.. lepas tu kami dah x jumpa.
Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai laki Ara. Happynye aku Tuhan je tau.. kat rumah.. dia macam biasa, cool je.. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalu aku x buka mulut, memang x berbunyilah rumah kitorang.
Ara taklah ‘bisu’ sangat. Kadang2 dia bersuara gak.. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur... Macam x supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak.. oh boringnye.. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia ja.. sengih. Cam yg aku buat kt bapak dia dulu. Psycho seyh..
Nak jadik lagi tensen, aku ni jenis perokok sederhana tegar gak la. Tapi bini aku pulak mmg cam fobia giler ngan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batok.. x bau rokok pon dia dah selalu batok. Uhuk3 gitu.. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok.. kalu gian sangat pon aku merokok time kat ofis je.
Bini aku keje hospital, bahagian obat-obatan.. Aku lak xleh bau ubat, mesti pening kelapa.. Hari2 aku yang hantar, ambik dia gi spital. Time ambik dia balik, mmg hari2 lah baju dia bau obat dalam kete. So aku akan slalu bukak tingkap, nyaman sket..
Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Xleh bukak tingkap kete, aku dah mmg pening-pening lalat dah.. Bau ubat.. Dengan poor visibility lg, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat spital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??
Rupanya dia mengandung dua bulan.. Ara sendiri pon x tahu.. Ya Allah!!
Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara benti keje. Dok rumah je.. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah x tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara idup kami!
Dekat setahun kami kawin, Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadik bini no. 2.. Dia sanggup..
Alamak ni dah angau betol.. Padahal aku baru je kawin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku teros terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang x kamceng mane ngan bini aku skarang.. And banyak benda yang kami xde persamaan. Ara memang x banyak bercakap. Kalu aku cube buat lawak, dia macam x tangkap je. Sedih tol.. X pandai nak borak. Kalu jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama.. Jarang la dapat makan yang lain sket. Kcuali makan luar. Itu pun dia akan order benda sama je.. Haha macam tu la bini aku.. Lucu lak..
Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2.. Aku cuba biasakan diri ngan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba brenti merokok waktu awal2 kawin dulu.. Ara plak dh x keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi).. Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku xleh menduakan dia.. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.
Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahon la.. tp dah pandai mengaji sket2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji sume dia mmg bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran.. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadik anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!
Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami x seperti pasangan yang lain, kot. Makin hari aku makin bosan ngan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tido. Esoknya pagi2 aku dh kena gi keje.. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang ofismate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat ofis aku.. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut lak kat aku. So dialah yang slalu aku ajak kluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi!
Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku.. Teringin nak kawin ngan dia, takot kecik hati si Ara pulak.. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gadoh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul.. Tapi aku mmg terhibur bila dok ngan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa..
Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada pompuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalu aku nak kawin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??
Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 kompem ketat, make up kat muka 2 inci macam xleh kena air, x ambik air semayang ke? X semayang ke? Ke cuti sepanjang tahon?!
So aku postpone dulu hajat nak kawin ngan Lisa. Terfikir lepas kawin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bencinta pon asyik lawan ape aku cakap. So sad!..
Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang maha besar. Ara mula jatoh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara mengidap penyakit barah tekak. Ya Allah!!
Doktor bagitau, Ara dah lama senarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia slalu batuk, dan trpaksa menahan sakit bila bercakap! Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia x bagitau aku??
Doc tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah.. So itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia skarang makin rosak akibat barah tu.
Jadi camane dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat utk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je.. Tapi Ara x boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal!!
Aku buntu..
Masa tulah baru aku terfikir, kami x penah bertikah lidah, x penah gado.. Mgkin itu hikmah dia.. Tapi aku x sedar selama ni.. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan pompuan lain.. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan x penah luahkan derita kat aku..
Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara x dapat bertahan lama.. Aku menangis depan doktor tu puas2, wlapun doktor pompuan. Aku dh x kisah. Aku menyesal dgn cara aku layan Ara selama ni.
Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, mmg x penah lawan apa aku cakap, apa aku suruh..
Aku suruh dia benti keje dulu, dia ikut. Walaupon kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan! Dia minat sangat dengan keje dia.. Maafkan abang Ara..
Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami.. Aku belek2, terjumpa kotak hantaran masa kami kawin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang.. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat!
1 Julai 2007,
Buat suami yang baru kupunya,
Terima kasih kerana menawarkan cintamu,
Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,
Ku juga benar-benar cinta padamu,
Dan kumenangis bila dirimu melamarku
Buat suamiku yang baru kupunya,
Luaranku mungkin nampak sempurna,
Luaranku mungkin ramai yang terpesona,
Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
Kerna suaraku bukan kepunyaan kita
Buat suamiku yang baru kupunya,
Andai abang ingin melihat Ara ketawa,
Ara hanya mampu tersenyum pada abang,
Andai abang mahu Ara berjenaka,
Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,
Kerana Ara tak mampu berbica,
Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ara tak mampu ketawa,
Seperti orang lain ketawa
Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,
Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,
Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,
Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..
Yang benar,
Isteri yang menyanjungmu.
*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini..
Berderai lagi airmata jantan aku. Kenapa aku x terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku x tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang?
4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala2nya.. dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara?
Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk ofis pon kjap2. Anak aku bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat x terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.
Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas.. dan kertas2 tu aku kan simpan sampai bila2.
Dia tulis dia x menyesal kawin dengan aku. Dia tulis sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum.. haha.. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah makin lemah. Aku dah x mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.
“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah..”
Aku x tahu apa lagi boleh aku buat.. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya..
Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat kuajarkan Syahadah.. dan dahinya berpeluh jernih. Lalu kukucup buat kali terakhir..
Kini, hmpir 5 tahun prkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara..



*bercinta afte kawen lagi interesting kan.tapi kene pandai pilih la jugak ok :) kalau ada jodoh xkan kemana.trust oke,ppl (:

.THANKS FOR READING. much love :)

02 December 2010

:)

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
-benda? MONEY for sure ;)

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
-dress untuk ke dinner , rm140 melayang :'(


3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
-hotel ? 5 star ! or 4 star ? hehe,demand lak ;) tema silver kasi nmpak elegan gitu ;D

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-yes and no . idk my feelink rite now x__x

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
-as long as i can ;)


6. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
- REMAJA

7. Apakah nama penuh korang?
- i want to keep it as a secret . can i ? :)

8. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
- antara eh?kalau BOTH? hurmm,ayah sometimes.mak always :D

9. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
- selena gomez ! i loike her ! haha

10. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
- amek baju then letak dalam mesin basuh dikira sendiri kan? so,yes answer for this question :D

11. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
-ireland :(

12. Pilih salah satu, peluk atau cium?
-i love BOTH ! HAHA ;) but in this case,i prefer KISSING . c(:

13. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
-lappy
-henfon
-MONEY
-LOVE
-handbags ;)

14. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

-oh mestilah lagu yang ada kena mengena kan, :
-love the way u lie,rihanna
-love love,FT ISLAND
-i'll kill her,SOKO
-i kissed a girl,cik KATY *even lagu ni da lme ;)
-tell me something i dont know,SELENA GOMEZ ! awww :D

15. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
-21st september 1991.ouhhh,second day raya aidilfitri.so kat my house lahh :D



so bosan,and mulalah i nak menjawab2 nie, HAHAH! even bukan from owg tag kan,tapi ada aku kesah.janji aku hepyy ;)

*i miss my mom :(
she has a vacation to vietnam. psstt...cepat2 lah pulang ;'(




.THANKS FOR READING. much love :)

01 December 2010

hoot or HOT

aku memang suka la kan kumpul2 cereta then tulis semua sekali gus. HAHA :)
aku saja nak uplod gambaq banyak2 kat sini,pasai aktiviti aku sepanjang duk umah nie . sat naaa.



26112010


some pictcha from PD :)









citer yang agak bengong sikit tyme otw nak g amek umi kat PD.
dalam kete,biaselah yang ikot si lela and aku jep.yg drive : my bro , aku duk depan and sampai kat stesen minyak. abg aku g turun kete nak gi isi minyak lah .
then aku ternampak spek itam. ok,tah cmne aku tertarik and aku pn pakai lah spek tu. cewahhh! posing macam ngan apa lg tyme tu.sepanjang perjalanan tu aku pakai spek.dari awl smpai la nk dekat seremban.lepas tido then bgn dengan leleh2 nye,HAHA . terok kan?! :P
aku tengok kat henpon aku. (memang wajib dah,aku law bangun2 tido terus tgk hp) :)

aku : (kecoh) haaaa,nape ngan henfon aku nieee.rosakkk lagi la tuhhh.wehhhh,lela cbe ko tgk...alaaa...ni benci nieee...
adek aku : apessal ko nieee?
aku : ni haa...nape dye jadi gelapp?lampu dye dah xterannggggg !! :(
(aku pk henpon aku rosak la pasal lampu dye dah jadi malap) KAH5!

(baru sedar)
bongookkkk! HAHA,dah pakai spek mata HITAM memang la semua jadi xterang kan? then aku bukak spek ! *eh2 dah cerah la.. HAHAHA ;)
bengong tol.yang diowang dah gelakkan aku T___T

DINNER tyme ;)
lokasi : bukit bintang

this is my mom and dad ;) i love them very muchie, they sing a classic song,i thought : GELORA JIWA

they are awesome !


dancer from istana budaya,memang terbaek


ok,for the second tyme im wearing a heels.maybe?hahah,i dah lupe pulak.enjoying this moment :)

they are very energetic and and awex ! so beautiful . aahaxx !


i love being a VIP person ;) because i will be treat like a princess ! yeehaaa ~ HAHA *prasan sebentar

and this is one of da picture,my adek yang snap.ok i know ini buruk kan?hahah.but AAK?
its my hal lah kan nak letak apa pon gmbar ;)


.THANKS FOR READING. much love :)