06 September 2012

Hujan IKAN ! Subhanallah

   
Baru2 ini ada tengok national geographic. Apa yang menarik, ia membincangkan perihal perkara yang pelik2, antaranya Hujan Ikan yang terjadi di Lajamanu, Australia.



Ikan? Fish? yang kita makan tiap2 hari tu. Tak makan tiap2 hari? ok. makan sekali skala pon boleh kan? :)
Orang putih ni cakap xmustahil boleh berlaku keadaan sebegini, di mana ikan turun dari langit. Dan apa yang mengkagumkan lagi, ikan itu masih hidup, dan boleh berenang jika terjatuh dalam air.

Jadi mereka pun mengkaji bagaimana ia boleh terjadi.
Ada pendapat mengatakan,

1. Ia disebabkan ribut taufan yang berlaku di laut, jadi semua ikan dinaikkan ke atas oleh taufan tersebut lalu jatuh sebagai hujan.
(Kajian membuktikan bahawa laut yang terdapat di kawasan tersebut amatlah jauh dari tempat kejadian, jadi tidak mungkinlah disebabkan taufan. Selain itu, ikan ada tahap untuk hidup, i mean dia punya temperature yang specific. Jika ia dibawa oleh taufan, ikan tu xsepatutnya boleh alive)
Jadi pendapat itu tidak diterima.
2. Disebabkan hibernasi. Menurut pendapat, ada spesis ikan yang tinggal di dalam tanah untuk proses hibernasi. Apabila berhibernasi, ikan itu akan muncul kembali dari dalam tanah.
Itu pendapat mereka la. 

3. Disebabkan banjir yang berlaku.
(Jika disebabkan banjir berlaku, bagaimana ikan itu nak panjat pokok apa semua? Ikan tidak ada kebolehan seperti itu. ye dakk?)
Jadi pendapat ini tidak dapat diterima juga.


Sehingga sekarang, mereka masih mengkaji, dan menjadi misteri serta persoalan bagi mereka (omputih)
Bagi kita umat Islam?
 Di dalam surat Al Baqarah ayat 117, Allah berfirman:

“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia.”

*Renung-renungkan dan Selamat Beramal.. he he ;)

.THANKS FOR READING. much love :)

05 September 2012

alamak! tertukar selipar der . .

amaran : entry kali ini berbaur cerpen

aku berenang ke arah lain. Kagumnya apabila melihat bangunan yang dibina di dalam laut itu. Parking lot. Shopping complex. Terlihat office yang tersergam indah, semuanya ibarat satu bandar yang agak sibuk. Tidak terlintas di fikiranku untuk sampai ke tempat ini. Mana tak nya, bangunan di dalam air, dan aku boleh berenang ke mana saja yang aku suka.

'i'm at a payphone trying to go home All of my change I spent on you'...
Deringan semakin nyaring.

"erghhhhh.siapa pulak yang telefon nie kacau je aku mimpi". Ngomelku seorang diri.

"wani!" 

Dalam hati membentak marah. "ish umi ni kalau ye pun jangan la menjerit. Tahulah x bangun lagi. urghhh."

Aku membetulkan kedudukan yang tadi berbaring. Beratnya badan nak bangun Tuhan sajalah yang tahu.

"wani ooo anak oiiii !!" umi sudah mula membebel apabila aku diam. Tertidur barangkali. 

"sabar je la dengan anak umi nie yer.. he he." Spontan aku berkata.

"ye umi..ye.. mengapakah ibuku telefon di pagi2 hari ini?" sempat lagi aku berceloteh dengan gaya yang agak serius.

Umi seperti biasa, dengan suara lantangnya. Al-maklumlah.. insan yang bernama guru. Kalau suara slow macam muka tutup bantal, mana nak dengar anak muridnya apa yang diajar.

"wani, umi ni...pagi tadi nak cepat sangat. Sampai tak perasan yang umi ni tertukar selipar. sebelah kaler pink, sebelah kaler hitam. Awak pergi dengan acik ye, hantar balik yang betul dekat sekolah umi. Umi tunggu ok anakku. bye."

"err.. umi!"

tuttt...tutt...tuttttt......

"cakap dah la laju macam kereta api, xsempat aku nak cakap, dah letak. grrrr. kang xpasal hp ni kena makan". Aku mengumam seorang diri.



..............

Setelah pintu dikunci, aku bergegas menaiki kereta. Abang aku yang drive. Nak mengharapkan aku..memang tak lah! Harap je dah ada lesen. Buat hiasan dalam purse ada lah.

"Acik, awak tawu ke, umi tertukar selipar. Sebelah lain, sebelah lain.. Ape laa." Kata-kataku sedikit marah. 

Abangku tertawa kecil.

"Macamlah tak tahu perangai umi tu. Pagi-pagi ada je benda yang tertinggal. Spek mata lah. Buku laporan laa." Acik membalas,sambil memakirkan kereta di hadapan sekolah umi.

"ish, itu la. geram je!" tambahku lagi.

"Tunggu sini kejap, kite nak pergi bagi dekat guard tu. Suruh bagi dekat umi.."

Acik hanya mengangguk.

Saatku turun dari kereta........

"ohmyenglish!! acik, awak la yang pergi bagi dekat guard tu." Aku buat muka tak bersalah.

"lorh...apehal plak ni? Tadi beria sangat nak turun pergi bagi.." Abangku menggeleng.

"Tengok la nie..." Sambil menunjuk seliparku kepada abangku.



TAMAT


nak tahu apa yang jadi? Terbaik!
Orang yang cerita ni pun sama je dengan mak dia. U know what, tertukar selipar jugak!
Sebelah selipar jamban kale hitam, sebelah lagi kale hijau..

HAAAAAAAAMEKKK KAUUU! kan dah kena kat batang hidung sendiri. HA HA!

*moral of the story : Jangan nak mengata orang yang buat salah, kadang2 turn kita pulak yang kena nanti. Well, nobody PERFECT. ok thenn. bye :')

.THANKS FOR READING. much love :)

01 September 2012

HELLO SEPTEMBER !



HELLO ! ASSALAMUALAIKUM !
WELCOME MY DEAR SEPTEMBER.

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU.

SEPTEMBER, PLS BE NICE ;)

.THANKS FOR READING. much love :)

27 August 2012

Doa Permulaan Solat

 


Ya Allah Ya Tuhanku, jauhilah diantaraku dan kesalahanku
seperti Engkau jauhkan diantara timur dan barat
Ya Allah Ya Tuhanku, sucikanlah aku dari kesalahanku seperti dibersihkan kain yang putih dari kekotoran

Ya Allah Ya Tuhanku, sucikanlah aku dari dosaku dengan salji, air dan embun

Maha Suci Engkau Ya Allah dengan memuji-Mu, berkat namaMu, tinggi kemulian-Mu dan tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Mu 






p/s : Tahukah anda, duduk semasa tahiyat akhir boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. #Islam itu indah. Renung renungkan dan selamat beramal :)
 
.THANKS FOR READING. much love :)

15 August 2012

yow Whats App??

   

Hai olsss ! ada Whats App? i just called it wassap only. lebih kurang macam yow yow wassap man. ahahh. ok, dah mengarut.



actually Whats App ni dah lama kan? macam free chatting jugak la kan but still kena ada internet. if I'm not wrong. Aha. 



you ada whats app?
yaa, ada. why?
meh I wassap dengan you, boleh?
err. okay then.

Eceh ! taktik der if you wanna have awekss number. nak Whats App haharuslahh ada orang tu punya number kan. cara mengorat yang tidak bertauliah. harhar! ok just joke jangan marah okay :)

Saya dah delete acc wassap itu sebenarnya nak bagitahu. sobss3. Mana tak nye siang malam wassap je dah nama free tak kena kredit. ehehh! xdelaa bukan main reason pun.

Saya punya kredit sejak dua menjak ni kena tolak tanpa sebab and rasanya disebabkan makhluk wassap nie la. urghh! tensen. baru je topap then habis tinggal berapa sen je. Macam mana nak mesej pakwess! haha. lol. Memang hakikatnya free bila ber wassap2 nie tapi sy punya kes pelik sikit. Kredit tolak ! maybe sebab bila Wifi no line, dia pakai internet my celcom punya then kena tolak laa.

So i have to decide to delete je acc tu :( Sedih.

BYE WASSAPPPPP YOWW ! 







.THANKS FOR READING. much love :)