17 February 2012

CINTAN vs SUKAN?!! EHH! CINTA vs SUKA :)

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. 
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. 

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. 

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. 


Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. 
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. 

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. 
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. 

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. 
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. 

Perasaan cinta bermula dari kata. 
Perasaan suka bermula dari telinga. 

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. 

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.






credit to : MFACE 


*JOM LAYAN MFACE. HAHA. promote2 :D
.THANKS FOR READING. much love :)

15 February 2012

jantung stop selama 10 minit

Ini kisah benar and benar benar benar terjadi. Pagi Isnin hari tu (cerita dah lapuk maaf) aku dikejutkan dengan calling from my mom. aku pun dengan mamai2 angkat la fon. mak aku masa tu dah pergi sekolah, sebab dia cikgu kan. Rupanya mak aku tertinggal ubat darah tinggi dia kat rumah.  so dia tengah fenin2 dia kena makan la jugak ubat tu. Then dia suruh abang aku pergi hantar kejap kat sekolah pasal dekat je pun sekolah tu. Nak harapkan aku drive memang takla. masih penakut !! errr :S


umi : kejut laa acik tu,umi nak cakap dengan dia.


aku : alaa. susah la kejut dia. xnak laa. umi call la dia baru dia bangun. (tengah dok terhuyung hayang agi tuh pasal baru bangun tido)


*aku pun kejut la diaa. aku bukan apa, abang aku tu spesis tido mati! susah gila nak kejut dia. bom meletup pun aku rasa dia tak bangun. ish3.


aku : alaa umi. susah laa dia takbangun nieee. eeee ! (dah wat muka bengang)


kakak aku pun ada masa tu baru nak pergi kerja. dia pun duk seru2 jugak nama abang aku tuh. tak bangun2 jugak..haihh..susahhh !!


then aku tergerak hati, nak tengok jantung dia. kan bila tidur kan kita bernafas kira gerak2 la jugak. 
Sekali aku tengok...
dia tak bernafas langsung !! aku dalam hati..Ya allah!!


aku : (dah menjerit2) umi..umi !! acik..


umi : kenapa dengan acik? tak bernafas??!! (mak aku dah cuak. dia dah la ada darah tinggi)


woahh. keadaan semakin harubiru (cewah ayat)


kakak aku duk tengah siap2, dia cakap biar betul tak bernafas. tak kan lah !!
(selalu dia takdela sampai tak bernafas, cuma susah bangun je)


Sekali kakak aku tengok.


kakak aku : acik. eh betul laa. xbernafas! (sambil pegang dada abang aku) ehh sejuk niee. (terus memanggil acik..acik)


aku ? dah gelabah. Ya Allah. takkan abg aku dah xde nie!! wuu (dah nak nanges aku)


adek aku? 'akak...!!!' (dia lari nak masuk bilik)


sekali ayah aku naik. seru nama abang aku. acik, bangun! bangun!! (kuat gila suara)
*ayah aku tak tahu apa yg terjadi sebenarnya. dia naik2 terus kejut sebab duk dengar kiteorang bising2 kott kejutkan abang aku tuh*


lama tu, baru dia kembali bernafas. perghh! aku lega gila. mak aku pun menarik nafas lega. haihh..saspen!! terus aku bagi fon kat abang aku pasai mak aku nak cakap ngn dia.


tapi seriously la, dia memang xbernafas langsung masa tu. aku taktawu 10minit ka atau dah lama dahh. sebab aku takperasan! yang adik aku pulak boleh duk cakap. akak, patut la selama ni abah kejut dia kuat2. HAHA tapi hari tu memang. wooo. aku ingat dah kehilangan abang aku dah. nak menangis dah aku. sobs3








*lepas pada tu aku cerita balik kat dia*


aku : acik awk tawu tak tadi awak mati sekejap. betul ! awak bla bla (bercerita dengan bersungguhnya)


dia? gelak sajaa. HAHAHA


bila ingat balik, lawak pun ada. pasal semua orang kalut2. kakak aku pulak time tu baru nampak prihatin. wawawa. dalam hati aku, woahh prihatin jugak kakak aku. walawehh!! HAHA


adek aku?


adek : akak, kau tawu kenapa aku nak lari masuk bilik?


aku : apesal kau?


adek : aku bukan apa. aku takut. kalau tu bukan acik yang tido kat situ..eee!! seram33!!


aku : ngek kauu!




p/s : sayang semua family aku (cewahh! tacink pulaaa) hehe semoga dipanjangkan umur semuanya..amin.
.THANKS FOR READING. much love :)

14 February 2012

gigih kan my mom?


ini la nota kaki mak aku sebelum dia pergi kerja. Actually dia pesan aku ngan abang aku pergi beli setem and postkan kad kahwin kakak aku tu haa.
siap pesan lagi kauuu. jangan makan mcD. makan nasi ayam atau nasi lain.

amboi makk ! warning tuhh.
dalam hati aku, mcD je tak boleh kira KFC apa semua boleh la ek?? hehe

then ada calculation pulakkk..sebab dia tawu anak2 dia, kalau ada duit lebih, kompem masuk dalam poket sendiri2 (sambil nyanyi2 lalalalalalala )

so bakinya? pulangkan kepada bapaknya. HAHA adoiiiii !!





p/s : ape pasal asal aku pergi edar kad kawen kakak aku kat kawan2 ayah aku (ayah aku ikut sekali la) mesti diorang tanya. 

YANG NI KE NAK KAHWIN TU??

masuk ni dah dua kali nehh. cukup TIGA kali tanya memang aku KAWEN PA????? HAHAHAHAHA Lol

.THANKS FOR READING. much love :)

pesan orang tua tua dolu...

Mak saya cakap, kalau orang tua2 cakap, jangan bantah, ikut saja. Perkara yang dilarang oleh mereka mesti bersebab.


orang tua2 selalu pesan,jangan buat itu, jangan buat ini, nanti bla bla bla bla. tahu sebab apa?


Jom tengok apa yang mereka pesan dulu2, stakat nie, yang ni je la yg mampu buat.kalau ada yang lain sila tambah2 ok.



kenapa xboleh duduk atas bantal? sebab nanti BISUL lah kononnya. tapi aku ada sebab tersendiri. depa takbagi duduk,pasai nanti bantal tu penyek. lagipun bantal untuk tidur, kalau nak duduk pi cari kerusi ok. ikut logik, memang xlogik la. asal duduk atas bantal ja, tumbuh bisul. nak kata bantal boleh buat darah menjadi kotor, TIDAK jugak. Tiba2 ada bisul bila duduk atas bantal.
*bisul terjadi bila darah kita kotor* (yeyek je aku,kalau xsilap la)


anak dara wei,'jangan nyanyi kat dapur, nanti KAWEN NGAN ORANG TUA' katanya lah. Atuk,nenek, kalau orang tua tuh kaya,cukup semua,saya pun nakk! HAHA (gila pisaucukoq)
meh pikir mehh. kau nyanyi kat dapur, esok lusa tengok2 kau kawen ngn orang tua. kalau betul,tak apa la. kalau kawen dengan orang muda? hehe. apa pun jodoh di tangan tuhan kann. 
Sebab depa xbagi nyanyi dekat dapur, nanti akan menganggu konsentrasi orang yang tgh masak kat dapur tu. daripada lauk sedap dah secukup rasa, tiba2 terlebih garam. MANA TAWU? (:

 Haa..yang nie aku xsure. Rasanya penah dengar. sejauh mana kebenaran, taktawu laa. depa cakap tak elok kepit kuku masa malam2. nanti BENDA BURUK JADI. betol kaa? ke aku salah main cakap je? hehe. tapi aku selalu dengar laa. mak aku mesti xbagi aku kepit kuku malam2 tapi aku bantai jaa. bukan sebab apa, sebenarnya, yang kata tak elok tu, takut terkepit isi kuku je. kann berdarah nantii? malam kan gelapp. mata punn bukan nmpk sangat. sebab tu la kott..err!! kottt!! hehe
 yang ni aku rasa pesan aku sendiri kort. atau kengkawan aku yang cakap. bukan orang tua2. haha. masa anda belajar, jangan asyik duk tukar tempat. nanti ILMU TAK MASUK. Maybe ada betul jugak kot. pasai selama nie aku belajar selalu jugak tukar2 tempat. maklumlah time study je mulut berjalan,kaki pun berjalan la. patut laa aku susah ingat! Huu
Orang tua2 cakap, jangan jahit baju/seluar atau what so ever la masa korang tengah pakai benda tu. katanya, TAK ELOK/TAK MOLEK/TAK BAIK. Tak elok tu bukan sebab apa, takut tercucuk jarum dekat kita je. kan sakittt tuu. takda penyakit,pergi cari penyakit. hmm lebih kurang macam tu laa. lagipun tak sopan laa nak menjahit,buat cara menjahit. hee :) *padahal aku penah buat jugakkk.ahhh,bantai*






*ni part yang last orang tua2 pesan,part yang paling aku xsuka sangat*



TADAAAAAA..!!


 JANGAN

nanti sakit kepala..! HAHA okbye!

*orang tua2 dulu tahu ke online tu apa?errr!!*


p/s: buruk gila lukisan akuhh. waaaaa~~




.THANKS FOR READING. much love :)

12 February 2012

wanita ibarat EPAL (:

[klik gambar untuk membesar]

Anda yang menentukan diri anda sendiri. Sama ada ingin sentiasa indah berada di pohon yang teratas, atau di pohon yang terbawah. Yang indah itu hanya akan dipetik oleh seseorang yang juga boleh diibaratkan sebagai seorang yang bergelar suami, manakala epal yang sudah berada di tanah,akan menjadi busuk dek kerana sentiasa dipegang2,dijamah dengan mudahnya sehingga tiada lagi yang akan menghiraukannya jika ia sudah busuk. Malah,dipijak2 oleh orang yang lalu lalang disitu..


Renung2 renungkan dan selamat beramal  (peringatan untuk diriku juga dan wanita lain yang berada di luar sana)
heeee..senyum2 jangan monyok2 okey ! assalamualaikum (:
.THANKS FOR READING. much love :)