24 December 2010

cinta di ALAM FANTAsi

Assalamualaikum anak2 (:

wooooo (gila sat) hari ni aku nak membincangkan tajuk ni yang dah lama aku nak bincang tapi tak terbincang bincang jugak dan sehingga lah hari ini aku on blog aku dan tangan dengan pantas nya menulis, eh silap, just menaip ok.
*sila baca tanpa mengambil nafas yang baru

(ayat aku kali ini agak skema) pasai aku dulu suka sastera aku menulis untuk novel dan cerpen pendek (ok,ni aku tipu) tapi yang betulnya dekat peringkat sekolah saja la. just berangan2 je sekarang ni nak jadi penulis. ikut jejak ibunda aku lah katakan. xpa, nanti dah habis grad and ada masa aku akan menulis. cewahhh !

cinta? can u guys, ada sesiapa tak yang boleh bagitaw aku apa itu cinta? aku betol2 taktawu ni. HAHA ok mukadimah yang agak panjang bila nak start? aku nak tanya la cinta alam maya ni ok ke takk haaa -.-'
cuba tengok keadaan sekeliling kita kita ni, dah ramai kann yang terjebak. elok ke tak eh bercinta di alam maya ni? hmmm, bagi aku. mostly la kalau bercinta melalui alam maya/cyber mungkin banyak penipuannya. tapi ada jugak yang betul2 jujur kan. nak tnye la, yang jujur2 sekarang ni banyak ke? berapa kerat jehh? haihh susah betul kan nak cari yang jujur sekarang ni tambah dengan dunia zaman sekarang ni (ayat2 seorang yang tengah FRUST)

bagi aku, kalau nak becinta alam maya xsalah, tapi be carefull lah ek. ada jugak pendapat yang cinta alam maya ni adalah nonsense kan? and aku penah terbaca kat satu sumber ni, dia marah betul dengan orang yang bercinta melalui alam cyber nie. dia cakap kalau bercinta tru FB tuh, buang masa je. just tengok gambar. macam bercinta dengan gambar pulak. ini satu penghinaan !! cehh,wat emo lak. hehe ok ok chill..
itu satu. ada jugak pendapat yang mengatakn :

1. berpijak la di bumi yang nyata. benda ni mengarut je.
2. alam maya,so cinta xkan wujud di alam maya and cinta tu sesuatu yang realiti.
3. okay la tuhh bercinta di alam maya,dosa kurang sikit.
 
HAHA, ok tiga dah cukup. kalau senaraikan semua,kompem xkan habis sebab manusia ni cara berfikir nya berbeza beza kan.
kalau orang cakap alam maya ni alam yang penuh dengan penipuan, yeahh aku agree. tapi xsemua kan. yang jumpa dekat alam realiti pun ada jugak yang menipu. so,no wonder lahh, kalau dekat alam maya memang la probability penipuan itu berlaku sangat tinggi ya anak anak. hal macam ni simple je. memang ada positive and negative nya.
so, kita kena pandang kedua dua nya.

dari sudut negative : mungkin kita akan ditipu? kebiasaannya orang yang bercinta tru dis, ade bf/gf di luar. (just anggapan je la) atau mereka mereka ini hanya ingin menjadi kan anda sebagai bahan EXPERIMENT? nak test la katakan. anda ni jenis suka perasan ke,or wuteve la yang sewaktu dengannya. orang2 begini mungkin menganggap ia nya satu jenaka bagi mereka. barangkali.

dari sudut positive : mungin ada benar mereka ini ikhlas berkawan dengan anda dan mahu menjadikan anda sebagai teman hidup mereka? and tak semua yang berniat nak mempermainkan anda...
kadang2 ada jugak manusia ini yang pemalu..atau mereka ini tidak berani untuk bercinta..tidak berani berjumpa secara realiti..so mereka menjadikan alam cyber sebagai medium untuk mencari jodoh..mahupun kita mengatakan alam maya ini adalah mengarut dan tidak masuk akal. dah yang tu cara dia nak wat macam mana bagi la peluang kat depa jugak! haaa todia keluaq dah keluaq dah bahasa. HAHA ok kidding (:

SO, rakan2 sekalian. pandai pandaila menilai seseorang itu sebelum anda terjebak dengan percintaan di alam yang penuh fantasi ini. cewahh. kalau dah taw orang tu menipu bulat2 hang toksah la duk pi percaya lagi. pandai2 la pikiaq ok..
aku penah jugak masa zaman aku tak lahir lagi. dalam perut mak aku. (ceh,xnk ngaku)
kapel ngan sorang ni sekali bukak FB ha todiaa.. yang tu ngaku gepren,then yang ni pun ngaku gepren. habis siapa yang betol2 gepren dia? PFFTT. memang la frust ngek, tapi sekarang dah ok la. aku orait jehh. COOL ! hang tipu aku,ok fine. aku snyum ja and say fucuk u and blah. easy (:

so,konklusinya percintaan sebegini xsalah sebenarnya jika pandai menilai dengan akal dan fikiran yang telah diberikan. kita kenal orang melalui chat,FB,FS,MS or wut so eve,kita akan kenal hati budi dia dulu kan. (untuk yang ke arah nak bercinta dah la) then,paras rupa lain cerita. kalau dah kata hati budi tu berkenan,nak buat isteri/suami, bila berjumpa should be TERIMA seadanya lah kan? (aku tnya ja,and pendapat aku juga)
ada jugak yang bercinta melalui alam fantasi berakhir dengan perkahwinan bahagia hingga ke akhir hayat. (melalui survey yang aku buat)
kalau anda kata cinta melalui alam MAYA x elok, why not make it REAL ?
kenal hati budi and lastly jumpa la. kalau kata takut nak jumpa first tyme, bawak la polis ka apa ka pi ikut date ngan hgpa.. haaa..
at first memang MAYA,tapi last2 kalau hgpa jumpak,akan jadi real jugak kan..kan..
satu lagi,KURANG DOSA tuh aku setuju gak. HAHA, ye la. kalau xjumpa xdak la nak wat benda yang boleh datangkan dosa mahupun kecil dan tidak dinampak dengan mata kasar ataupun dosa yang mungkin besar. (boleh faham x maksud aku, mls pulak nak elborate.fhm2 sndri lah ek)


kalau aku, cintailah orang yang hangpa nk cinta tuhh..secara bersederhana..selagi tak dak ikatan yang sah. sebabnya, kalau hangpa cinta sepenuh hati la katakan, kalau jadi apa2 clash ka patah hati ka, x ka FRUST bertonggek nanti. bertonggek xpa lagi. kalau berguling2? haaa. aku cakap berdasarkan pengalaman la. hehe.. lagipun..kita kan ada lagi yang patut mencintaiNYA sepenuh hati kita..bagi yang muslim la..cinta kepada ILAHI iaitu ALLAH SWT..


Jika kau mencintai bunga


Sedarlah engkau bunga itu kan layu


Jika kau cintakan manusia


Sedarlah suatu hari dia kan pergi


Jika kau mencintai harta


Harta itu nanti kau akan tinggalkan


Jika kau mencintai Ilahi


Hanya Dia yang akan kekal abadi


ok dats ol from me,peeps :) tq if u are reading my entry. terharu nye. aww aww :') HAHA
ok BYE !
*maaf kalau ada mana2 pihak yang tersinggung. yang buruk datang dari aku,dan yang baik itu dari sape ? kau ? eh tak.. dari ALLAH SWT . okeyy daaa !

.THANKS FOR READING. much love :)

7 comments:

redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. so kalau redha, do komen my post ok! hehe thankss :D